Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Terminal Feri Antarabangsa Labuan laksana projek baik pulih
Published on: Saturday, November 04, 2023
Published on: Sat, Nov 04, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Terminal Feri Antarabangsa Labuan laksana projek baik pulih
“Terminal Feri Antarabangsa Labuan yang telah dibaik pulih dijangka menawarkan kemudahan yang lebih menarik dan akan menarik pelancong serta meningkatkan pengalaman keseluruhan mereka yang melalui pintu masuk ini. 
LABUAN: Terminal Feri Antarabangsa Labuan sedang melaksanakan projek pengubahsuaian menyeluruh bertujuan meningkatkan kemudahannya dan mewujudkan suasana lebih mesra kepada pengguna dan pelancong.

Projek yang bermula September lepas itu dijadual siap Januari tahun depan.

Advertisement
LDA Holdings Sdn Bhd, syarikat pengurusan yang bertanggungjawab ke atas terminal itu menyelia kerja-kerja ubah suai dengan kerjasama pemilik premis Perbadanan Labuan (LC). 

Ketua Pegawai Eksekutif Noor Halim Zaini berkata terminal itu berfungsi sebagai hab pengangkutan penting menghubungkan Labuan ke pelbagai destinasi di Sabah, Sarawak dan Brunei.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata terminal itu telah lama tidak menjalani kerja-kerja penambahbaikan. 

“Menyedari keperluan untuk menaik taraf dan memodenkan kemudahan itu, LDA Holdings Sdn Bhd memulakan projek ini untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna dan orang ramai,” katanya kepada Bernama pada Jumaat.

Advertisement
Noor Halim berkata tujuan utama kerja-kerja pengubahsuaian itu adalah untuk menyediakan suasana yang lebih kondusif dan meningkatkan kemudahan untuk pengguna dan pelancong.

“Kerja-kerja ubah suai ini dijangka meningkatkan pengalaman keseluruhan penumpang sama ada penduduk Labuan atau pelancong yang mengunjungi pulau ini,” katanya. 

Advertisement
Beliau berkata projek naik taraf itu merangkumi pelbagai asepk termasuk ruang menunggu, kaunter tiket, tandas dan kemudahan lain.

“Ia juga akan menangani penambahbaikan infrastruktur penting untuk memastikan keselamatan dan kecekapan terminal.

“Projek itu dijalankan secara berperingkat untuk mengurangkan gangguan operasi harian dan menyegerakan tempoh siapnya,” katanya.

Noor Halim berkata Terminal Feri Antarabangsa Labuan adalah pintu masuk penting bagi penduduk serta pelancong dan pengubahsuaian itu adalah bukti komitmen untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disediakan.

“Terminal Feri Antarabangsa Labuan yang telah dibaik pulih dijangka menawarkan kemudahan yang lebih menarik dan akan menarik pelancong serta meningkatkan pengalaman keseluruhan mereka yang melalui pintu masuk ini. 

“Ia akan mengukuhkan lagi kepentingan terminal ini dalam menghubungkan Labuan dengan wilayah sekitarnya.

“LDA Holdings Sdn Bhd dan pihak pengurusan Terminal Feri Antarabangsa Labuan menyasarkan untuk menyiapkan projek itu seawal 2024, yang bakal menjanjikan pengalaman lebih baik dan menarik bagi semua yang menggunakan perkhidmatan di terminal tersebut,” tambah beliau.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here