Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Empat anggota polis bekal air ketum di lokap masih dalam siasatan
Published on: Sunday, November 05, 2023
Published on: Sun, Nov 05, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Empat anggota polis bekal air ketum di lokap masih dalam siasatan
Gambar sekadar ilustrasi.
KOTA BHARU: Polis Kelantan sedang menjalankan siasatan dalaman ke atas empat anggotanya yang ditahan selepas disyaki membekalkan air ketum dan tembakau kepada tahanan di lokap Mahkamah Kota Bharu, 30 Okt lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata sebelum ini keempat-empat anggota berpangkat koperal dan lans koperal berusia antara 25 hingga 33 tahun itu, direman tiga hari.

Advertisement
“Siasatan dalaman masih dijalankan dan kita akan ambil tindakan sementara untuk proses tahan kerja.

“Sekiranya benar bahan itu dibawa sama ada untuk kegunaan mereka atau untuk diedarkan, tindakan akan diambil di bawah kes jenayah iaitu mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kelantan, di sini hari ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Susulan kes itu, Muhamad Zaki berkata pihaknya akan memberi penekanan kepada aspek penyeliaan termasuk mencari kaedah penyeliaan terbaik bagi ketua polis daerah dan jabatan masing-masing.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here