Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tiada kenaikan harga ayam di Kota Kinabalu: Persatuan pengguna
Published on: Monday, November 06, 2023
Published on: Mon, Nov 06, 2023
By: Noor Zafira Zayn
Text Size:
Text:
Tiada kenaikan harga ayam di Kota Kinabalu: Persatuan pengguna
Jelas David (kiri), selain harga dikekalkan, bekalan ayam juga dilihat masih mencukupi dan tidak ada pembelian panik.
Kota Kinabalu: Tinjauan Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah mendapati harga ayam di sekitar bandaraya Kota Kinabalu masih sama walaupun subsidi ditamatkan, 1 November lalu.

Presiden Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah, David Chan berkata walaupun subsidi ayam telah dihapuskan mulai Rabu I November 2023, harga ayam bulat masih dijual antara RM11.90 hingga RM12.00 sekilogram.

Advertisement
“Harga ayam bulat super di Sabah, terutamanya sekitar bandar raya ini masih pada paras RM11.90 hingga RM12 sekilogram, Sabtu. 

“Berdasarkan tinjauan, harga kawalan RM11.90 hingga RM11.99 sekilogram dikenakan di kebanyakan pasar raya dan pasar raya besar manakala RM12 sekilogram di Pasar Besar Kota Kinabalu,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan di sini pada Ahad, selepas membuat tinjauan harga ayam di sekitar Kota Kinabalu.

Jelas David, selain harga dikekalkan, bekalan ayam juga dilihat masih mencukupi dan tidak ada pembelian panik.

Advertisement
Beliau turut menggesa orang ramai supaya menyalurkan maklumat mengenai salah laku berhubung urusan jual beli.  

“Jika ada yang disyaki membuat salah laku atau pengguna ingin membuat pertanyaan, boleh terus dibuat melalui WhatsApp di 019-279 4317 atau 019-848 8000.

Advertisement
“Pengguna juga boleh menghubungi portal aduan di e-aduan.kpdn.gov.my, Pusat Panggilan di 1-800-886-800, atau hantar e-mel ke e-aduan@kpdn.gov.my, Ez ADU KPDN hubungi Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) 03-8882 6088/6245, atau menghubungi ke pejabat KPDN yang berhampiran,” ujar David lagi 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here