Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
15 penceroboh tapak pembinaan bangunan didenda RM15,000
Published on: Wednesday, November 08, 2023
Published on: Wed, Nov 08, 2023
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
15 penceroboh tapak pembinaan bangunan didenda RM15,000
15 tertuduh itu, berusia antara 25 dan 49 tahun, masing-masing diperintahkan membayar denda RM1,000 atau penjara dua minggu selepas mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di tapak pembinaan Pacific Heights, Jalan Tun Fuad Stephens di sini pada 4 petang, 30 Okt lepas.
Kota Kinabalu: Lima belas orang didenda sejumlah RM15,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, Selasa, atas kesalahan menceroboh tapak pembinaan bangunan di sini, bulan lepas.

Mereka ialah Mark Dennis, Mohamad Hamdin, Mohd Sheh Samsudin, Md Kadrinsah Kamarshah, Almaajid Ayatim, Azedon Navi, Nur Ain Nadhirah, Sabri Alih, Rosli Jul, Hassan Masilin, Ibrahim Ibnu, Mohd Halimie Alsad, Md Halim Kamarudin, Md Asnam Hashim and Siti Satrah Attu, yang hadir di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie.

Advertisement
15 tertuduh itu, berusia antara 25 dan 49 tahun, masing-masing diperintahkan membayar denda RM1,000 atau penjara dua minggu selepas mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di tapak pembinaan Pacific Heights, Jalan Tun Fuad Stephens di sini pada 4 petang, 30 Okt lepas.

Mereka didakwa secara bersama mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pihak pendakwaan memaklumkan mahkamah bahawa polis menahan 15 tertuduh semasa Ops Pintu yang dijalankan di kawasan tersebut kerana berada di premis itu tanpa kebenaran.

Kesemua tertuduh memohon hukuman ringan manakala pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal.

Advertisement
Sementara itu, Sheh, Almaajid, Azedon, Nur Ain, Sabri, Rosli, Halim, Asnam dan Siti masing-masing didenda RM100 atau penjara sehari kerana menyimpan barang dipercayai dicuri.

Sembilan tertuduh itu mengaku menyimpan barangan itu termasuk bingkai tingkap aluminium dan wayar kabel aluminium di tempat dan masa tersebut.

Advertisement
Pertuduhan mengikut Seksyen 22A Ordinan Kesalahan Kecil itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100 dan penjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Di mahkamah yang sama, seorang lelaki berusia 30 tahun dijatuhi hukuman penjara 12 bulan kerana melupuskan barang kemas yang dicuri.

Mohd Firdaus Safri, yang menganggur, mengaku melakukan kesalahan itu terhadap satu gelang emas, satu rantai emas dan satu cincin emas milik Adi Alpa di sebuah premis di Taman Indah Permai, pada 2.30 petang, 28 Julai tahun ini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Inspektor Suzie @ Stephanie Kupit, yang menjalankan pendakwaan, memberitahu mahkamah bahawa barang kemas dilaporkan dicuri dari kereta Adi yang diletakkan tanpa dikunci di kawasan KK Plaza pada 8 Julai tahun yang sama.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here