Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sabah akan tarik minat lebih ramai pelawat Jepun
Published on: Friday, November 10, 2023
Published on: Fri, Nov 10, 2023
Text Size:
Text:
Sabah akan tarik minat lebih ramai pelawat Jepun
Liew (kiri) menyampaikan tanda penghargaan kepada Yoshito.
Kota Kinabalu: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) negeri melalui Lembaga Pelancongan Sabah (STB) akan menghantar delegasi ke Jepun dalam usaha menarik lebih ramai warga Jepun melawat Sabah.

Menterinya Datuk Christina Liew berkata demikian semasa kunjungan hormat Ketua Pejabat Konsular Jepun di Kota Kinabalu, Yoshito Yamashita, pada Rabu.

Advertisement
Beliau juga menyatakan harapan agar Kerajaan Jepun akhirnya menarik balik nasihat perjalanan kepada rakyatnya supaya tidak melawat pantai timur Sabah.

“Bagi pertumbuhan pelancongan Sabah, Jepun adalah pasaran penting, antara lain. Dengan ketua baharu menerajui, kami yakin akan kerjasama berterusan dengan Pejabat Konsular Jepun di Kota Kinabalu dalam mempromosikan Sabah di Jepun,” kata Liew.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Statistik daripada Bahagian Penyelidikan STB menunjukkan terdapat 5,642 ketibaan pelancong dari Jepun dari Januari hingga Julai tahun ini berbanding 1,597 dalam tempoh yang sama tahun lepas, mencatatkan peningkatan 253.3 peratus. Sebelum penularan wabak Covid-19, Sabah mencatatkan seramai 24,435 ketibaan pelancong dari Jepun.

Yoshito, yang tiba di Sabah pada 18 Oktober, memberitahu Liew bahawa ini adalah tugasan pertamanya ke negeri ini, setelah berkhidmat di Korea Selatan selama lebih 10 tahun.

Advertisement
“Saya akan memainkan peranan saya untuk mendapatkan lebih ramai orang Jepun memilih Sabah sebagai destinasi percutian mereka,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here