BAND popular Indonesia, Armada Band membuktikan bahawa jenama kumpulan itu masih lagi ‘ampuh’ ketika mementaskan konsert sulungnya di Negeri di Bawah Bayu, baru-baru ini.
Konsert yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di Kota Kinabalu itu menyaksikan lebih 4,000 penonton hadir memberikan sokongan kepada kumpulan yang dibarisi oleh Rizal (vokalis), Mai (gitar) dan Andit (drum) itu.
Setelah Daniesh Suffian dan Elica Paujin menghiburkan penonton selaku artis pembuka, peminat dilihat sudah tidak sabar menanti kehadiran Armada apabila beberapa kali melaungkan nama band terbabit.
Tidak melengahkan masa dengan membuka tirai persembahan pada jam 8 malam, Armada yang menghidangkan 12 buah lagu dalam konsert anjuran JeeHaris Corporation itu memulakan mukadimah dengan lagu Mau Dibawa Ke Mana.
Advertisement





