Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Esscom periksa 352 individu dalam operasi bersepadu di Semporna
Published on: Friday, November 10, 2023
Published on: Fri, Nov 10, 2023
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Esscom periksa 352 individu dalam operasi bersepadu di Semporna
PEMERIKSAAN dijalankan ke atas rumah-rumah semasa operasi itu.
Kota Kinabalu: Seramai 352 individu dan 16 rumah diperiksa dalam operasi bersepadu yang dijalankan pasukan Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom) di sini, Rabu.

Komander EsscomM, DCP Datuk Victor Sanjos berkata Khamis, daripada jumlah itu, 29 individu ditahan untuk dokumentasi tetapi 26 individu dibebaskan selepas saringan.

Advertisement
“Tiga pendatang tanpa izin dari Filipina ditahan kerana tinggal di negara ini tanpa dokumen sah mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Semporna untuk tindakan lanjut.

“Dua individu lain turut ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas diuji positif penyalahgunaan dadah,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut Victor, operasi yang dijalankan oleh 165 anggota daripada pelbagai agensi dan jabatan itu adalah selaras dengan matlamat Esscom iaitu ‘Tiada Hari Tanpa Operasi’.

Antara agensi yang terlibat ialah polis, Polis Marin Semporna, 69 Komando, Unit Dron Tentera Udara PDRM Sabah dan Batalion 14 Pasukan Gerakan Am Tawau, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen, Pendaftaran Negara, Rela, Jabatan Kebajikan, Kementerian Kesihatan, Mahkamah Anak Negeri dan Pejabat Daerah Semporna.

Advertisement
Victor berkata beliau telah mengarahkan Bahagian Siasatan Khas dan Teknikal Esscom untuk memperhebatkan koordinasi operasi di Zon Selamat Sabah Timur (Esszone) dengan menguatkuasakan undang-undang, kali ini di laut dan darat Semporna.

Beliau berkata selain membanteras pendatang tanpa izin di penempatan tersebut, penguatkuasaan turut dilakukan bagi membanteras unsur jenayah rentas sempadan membabitkan penyeludupan barangan bersubsidi dan tidak dikenakan cukai, serta pengeboman ikan dan penyalahgunaan dadah.

Advertisement
“Kejayaan operasi itu adalah hasil perancangan dan usaha inklusif melalui Operasi Sanggah Esscom bagi memperkasakan operasi sedia ada di bawah PDRM, ATM dan APMM, serta jabatan atau agensi penguatkuasaan persekutuan, negeri dan tempatan, dalam mengekang ancaman anasir asing dan memastikan keselamatan awam di Pantai Timur Sabah diperkukuh dari semasa ke semasa.

“Melalui tindakan penguatkuasaan yang bersepadu dan teratur ini, ia juga akan memastikan pemerkasaan aspek ekonomi Madani dalam perniagaan, pelaburan, pelancongan dan pembangunan syarikat tempatan di rantau ini dapat dirangsang dan memberi faedah dari segi pekerjaan dan kesamarataan peluang kepada Komuniti Esszone,” katanya.

Justeru, tambahnya, Esscom akan meningkatkan operasi sedemikian bagi mengekang sebarang elemen atau ancaman keselamatan yang boleh mengganggu keselamatan dan kesejahteraan awam.

Esscom turut menyeru masyarakat menyalurkan sebarang maklumat berkaitan keselamatan kepada Pusat Operasi Esscom pada talian 089-863181 atau WhatsApp di talian 011-63311072.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here