JABATAN Air sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah bekalan di sebuah hartanah komersial di Kinarut dan satu lagi di Manggatal, berikutan maklum balas mengenai kesukaran yang dihadapi oleh dua pengguna untuk menjalankan perniagaan masing-masing sejak beberapa minggu lalu.
Seorang pengusaha kilang di Kawasan Perindustrian Sedco - di Km18 Jalan Pengalat Lokawi - berkata dia sudah banyak kali tidak menerima setitik pun air selama beberapa hari setiap kali sejak pertengahan Oktober.
STAF Jabatan memeriksa penapis sebelum meter pukal bagi Universiti Plaza.
Sementara itu, seorang pemilik kedai di Universiti Plaza – di Jalan Sulaman –a berkata tekanan bekalan sangat lemah sehingga hampir tidak cukup air memasuki tangki simpanan di atas bumbung blok di mana unitnya berada.
Kedua-dua pemilik itu terpaksa menggantung operasi mereka berulang kali kerana masalah air ini.
Mereka memberikan Hotline butiran berkaitan, termasuk alamat mereka, yang telah diserahkan kepada agensi.
PENAPIS itu disumbat lumpur dan benda asing.
Jurucakap Jabatan berkata kakitangannya di Kinarut masih cuba mengenal pasti apa punca gangguan di kilang itu.
“Kami sedang mengatur untuk ‘menolak’ bekalan ke Kawasan Perindustrian itu untuk melihat sama ada keadaan bertambah baik,” katanya.
Salah satu lori tangki agensi itu dikerahkan ke kilang itu pada Selasa, menurutnya.
“Kira-kira 10,000 liter air terawat dihantar ke premis itu bagi membolehkan pengusaha mengisi sebahagian tangkinya.
“Kami mahu memberikan dia sedikit kelegaan daripada masalah yang dia alami.”
SESALUR utama itu kemudiannya dibersihkan.
Dia berkata, jika perlu, Jabatan akan memasukkan Kawasan Perindustrian itu dalam jadual catuan yang sedang dilaksanakan di sekitar pekan ini.
“Sementara itu, kakitangan kami telah diminta untuk memantau keadaan bekalan air di bahagian Kinarut ini.”
Satu lagi kumpulan juruteknik melakukan perkara yang sama di Universiti Plaza, menurut jurucakap lain.
Dia berkata kakitangannya pergi ke pusat komersial itu, sejurus selepas dihubungi media, di mana mereka mendapati ada yang tidak kena dengan “penapis” untuk sesalur utama menuju ke meter pukal hartanah itu.
Dia menjelaskan bahawa peralatan ini menapis kekotoran - seperti serpihan tanah atau plastik - daripada menyumbat paip Jabatan, sekali gus menghalang air terawat daripada sampai ke meter.
PENAPIS yang baru dibersihkan.
“Penapis itu tersumbat dengan lumpur dan kepingan plastik lain,” katanya.
“Petugas kami membersihkan penapis dan mencurahkan air melalui paip itu.
“Mereka kemudiannya memastikan bekalan sampai ke meter pukal. Kekuatan air, pada masa itu, dianggap boleh diterima.
Dia berkata keadaan juga sama bagi tekanan air di meter individu bagi kedai-kedai di situ.
“Injap pada satu bahagian sesalur utama di sepanjang jalan utama di sini telah berulang kali diusik kebelakangan ini.
“Pihak tidak bertanggungjawab itu mengganggu tetapan pengimbangan air dan pengurusan tekanan bagi kawasan itu dengan perbuatan tersebut.
“Perbuatan mereka telah menyumbang kepada masalah air di Universiti Plaza, apatah lagi di hartanah komersial dan kediaman yang berdekatan.”
Jurucakap itu berkata Jabatan menghadapi tugas sukar untuk menangkap pelakunya, serta menangani insiden kecurian air di kawasan di mana injap itu terletak.
“Kami telah menjalankan operasi memotong sambungan haram di sini secara kerap,” kata jurucakap itu.
“Petugas kami memotong sambungan haram yang dibuat ke paip penghantaran, namun mendapati sambungan baharu dipasang pada paip itu beberapa hari kemudian.”
Dia berkata kakitangan agensi itu akan cuba meningkatkan pengawasan mereka dengan harapan dapat menangkap pelakunya.
“Sesiapa yang membuat ‘sambungan paip perkhidmatan yang menyalahi undang-undang ke paip awam atau ke paip perkhidmatan lain di premis lain’ boleh disifatkan telah melanggar Enakmen Bekalan Air 2003.”
Jurucakap itu berkata ia juga menjadi satu kesalahan bagi sesiapa sahaja, tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Jabatan, untuk:
• mengusik mana-mana pepasangan air.
• menyalur, melencongkan atau mengambil air dari pepasangan air.
• mengusik, membuka atau menutup mana-mana injap, pili air atau pili penutup kepunyaan kerja air.
“Pesalah boleh didenda sehingga RM100,000, dipenjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya sekali.”
Dalam kes di mana kesalahan itu dilakukan oleh badan korporat, dia berkata pihak pengurusan boleh didenda sehingga RM500,000.