SANDAKAN: Seramai 13 pekerja kilang ais di Batu 3 dilaporkan cedera dalam insiden kebocoran gas amonia pada pagi Jumaat.
Proses nyahcemar dan sanitasi telah dilakukan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Sandakan sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 10.02 pagi.
Kelihatan dalam gambar pekerja kilang cedera diusung keluar dari kilang oleh penyelamat lengkap berpakaian hazmat.