Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Majlis Bandaraya P Pinang nafi tak lulus pasang bendera Palestin
Published on: Friday, November 10, 2023
Published on: Fri, Nov 10, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Majlis Bandaraya P Pinang nafi tak lulus pasang bendera Palestin
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata permohonan dibuat pada 11 Okt dan kelulusan pada 23 Okt, namun bendera Palestin telah digantung pada 14 Okt. (Gambar: Wikipedia melalui FMT)
GEORGE TOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menafikan tidak meluluskan permohonan pemasangan bendera Palestin sepanjang 15m di Flat Jalan Sungai, malah pihaknya tiada halangan untuk menunjukkan tanda solidariti terhadap pergolakan berlaku kepada rakyat Palestin.

MBPP dalam kenyataan menjelaskan, pemasangan bendera Palestin di Flat Jalan Sungai itu, dibuat sebelum mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Advertisement
“Permohonan dikemukakan kepada MBPP pada 11 Okt dan kelulusan telah dibuat pada 23 Okt, namun bendera Palestin tersebut telah digantung pada 14 Okt, yang mana ia digantung sebelum tarikh kelulusan dikeluarkan.

“Bendera tersebut digantung sebelum MBPP memberi maklum balas secara bertulis kepada pihak berkenaan melalui surat rasmi bertarikh 23 Okt dan tindakan menaikkan bendera tersebut tanpa mendapatkan kelulusan MBPP, dianggap sebagai melanggar garis panduan MBPP,” menurut kenyataan itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kenyataan itu memaklumkan bahawa sebarang cadangan pemasangan peralatan atau pelaksanaan aktiviti di premis MBPP, perlu mendapatkan kelulusan mereka terlebih dahulu, namun atas keprihatinan MBPP, bendera itu masih digantung di situ, malah MBPP tiada halangan untuk menunjukkan tanda solidariti terhadap pergolakan yang berlaku kepada rakyat Palestin.

Pada Khamis, tular di aplikasi TikTok mengenai sepucuk surat MBPP, yang didakwa tidak meluluskan permohonan pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk menaikkan bendera Palestin di Flat Jalan Sungai.

Advertisement
Sebelum ini, penduduk telah menaikkan bendera Palestin sepanjang 15m di flat tersebut, sebagai tanda solidariti kepada perjuangan rakyat Palestin.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here