Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Peniaga didenda RM1,500 miliki 41 senjata tiruan tanpa kebenaran
Published on: Friday, November 10, 2023
Published on: Fri, Nov 10, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Peniaga didenda RM1,500 miliki 41 senjata tiruan tanpa kebenaran
Hamdihafizi Ab Karim didapati bersalah mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka, hari ini. (Gambar Bernama)
MELAKA: Seorang peniaga barangan hobi didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini kerana memiliki 41 pucuk senjata tiruan tanpa kebenaran.

Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman menjatuhkan hukuman itu terhadap Hamdihafizi Ab Karim, 33, selain memerintahkannya dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Advertisement
Hamdihafizi dituduh memiliki 41 pucuk senjata tiruan iaitu pistol, raifal dan senapang patah, selain busur dan “ball bearing” tanpa kebenaran sah di sebuah premis di Lot 86, Jebat Street Klebang, pada 10 malam 14 Ogos lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau denda maksimum RM5,000.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hamdihafizi, yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya, memohon denda paling minimum kerana hanya bekerja sebagai peniaga barangan hobi.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Asnini Kamarudin memohon hukuman setimpal agar menjadi pengajaran.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
senjata tiruan
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here