TAWAU: Sebuah gudang penyimpanan tong gas LPG musnah hampir keseluruhan dalam insiden kebakaran di Jalan Sin Onn pada Jumaat.
Jabatan bomba berkata bangunan jenis kekal berkeluasan 40 x 30 kaki persegi terbakar sekitar 80 peratus di tingkat satu.
Operasi pemadaman dilakukan menggunakan sumber air dari jentera bomba dan jentera lori tangki air. Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden itu.