Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
‘Jangan ambil mudah, terus fokus’, Kim Swee
Published on: Saturday, November 11, 2023
Published on: Sat, Nov 11, 2023
By: GL Oh
Text Size:
Text:
‘Jangan ambil mudah, terus fokus’, Kim Swee
DANIEL melompat tinggi untuk meraikan gol pembukaannya.
Kota Kinabalu: Datuk Ong Kim Swee memuji disiplin pemainnya yang mengagumkan dalam kemenangan 4-1 Sabah FC ke atas Hai Phong FC pada aksi timbal balik Piala AFC di Stadium Likas, pada Khamis malam.

Skuad pelawat Vietnam yang memenangi perlawanan pertama 3-2 bermula baik dan hampir meraih gol pendahuluan pada minit kedua apabila rembatan Nguyen Huu Son tersasar dengan hanya Khairul Fahmi Che Mat perlu ditewaskan.

Advertisement
Biarpun dengan asakan awal itu, Sabah FC membuka tirai jaringan terlebih dahulu pada minit ke-20 menerusi Daniel Ting selepas menerima hantaran Stuart Wilkin.

Bagaimanapun, dia hampir tersandung apabila penjaga gol Hai Phong cuba menangkap bola di bawah kakinya, tetapi sempat menstabilkan dirinya sebelum membuat rembatan jarak dekat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Gol kedua datang daripada Darren Lok dengan tandukan daripada hantaran tepat Saddil Ramdanu pada minit ke-34.

Giliran Sabah FC pula diasak pada permulaan separuh masa kedua dan tidak seperti perlawanan sebelumnya, pertahanan mampu berdiri teguh.

Advertisement
Mereka kemudian melebarkan kedudukan menerusi Gabriel Peres dengan satu lagi tandukan pada minit ke-69, dan Saddil sekali lagi sebagai menyumbangkan hantaran.

Walaupun dibolosi gol lewat pada minit ke-84 hasil tandukan Yuri Souza Almeida, Sabah FC tidak pernah diancam bahaya tewas dalam perlawanan itu.

Advertisement
Pemain gantian Jafry Chew kemudian mengembalikan kelebihan tiga gol pada masa kecederaan dengan tap-in mudah selepas Ramon Machado mendahului pesaingnya untuk membuat hantaran sempurna melintasi gawang.

Ong berkata pemain mempamerkan disiplin mereka di atas padang dan dapat menentukan perlawanan itu.

“Pemain menunjukkan disiplin mereka dan mereka menjalankan tugas dengan baik. Sebaik sahaja kami mendahului, kami dapat mengekalkan momentum.

“Kami tahu pada separuh masa kedua, Hai Phong akan tampil menyerang dan kemasukan Gary (Steven Robbat) untuk menggantikan Darren (Lok) memberikan kami lebih banyak keseimbangan di bahagian tengah.

“Kami perlu menyesuaikan diri kepada perubahan secepat mungkin kerana dibolosi gol selepas mendahului 2-0 atau 2-1 akan memberi tekanan kepada kami.

“Kami terpaksa mengelak perkara itu dan selepas menjaringkan gol ketiga saya percaya ia menyukarkan mereka untuk membuat kebangkitan semula,” katanya.

Dengan kemenangan itu, Sabah FC kini mendahului kumpulan H dengan sembilan mata diikuti Hai Phong dan PSM Makasar, kedua-duanya berkongsi kedudukan kedua dengan enam mata, manakala wakil Singapura Hougang United FC di tempat tercorot dengan tiga mata. 

Bagaimanapun, Ong masih bersikap berhati-hati dan menggesa pemainnya terus fokus kepada baki dua perlawanan menentang Hougang United di tempat lawan pada 30 November, dan PSM Makasar di laman sendiri pada 14 Disember.

“Jika anda melihat jadual, kami mempunyai peluang yang sangat baik (untuk maju), tetapi kami masih mempunyai dua lagi perlawanan dan kami tidak boleh mengambil mudah.”
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here