Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Pesara tentera dipenjara berjumlah 20 tahun, 6 sebatan: Gangguan seksual fizikal terhadap anak saudaranya
Published on: Saturday, November 11, 2023
Published on: Sat, Nov 11, 2023
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Pesara tentera dipenjara berjumlah 20 tahun, 6 sebatan: Gangguan seksual fizikal terhadap anak saudaranya
Kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebat, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang pesara tentera yang mengaku salah terhadap dua pertuduhan melakukan gangguan seksual fizikal terhadap anak saudaranya tetapi meminta dibicarakan bagi pertuduhan merogol mangsa, dipenjara berjumlah 20 tahun dan enam sebatan.

Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan menjatuhkan hukuman itu terhadap lelaki berusia 57 tahun itu pada Jumaat.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama, lelaki itu dipenjara lapan tahun dam satu sebatan kerana melakukan gangguan seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dan dua bulan itu dengan menyentuh payudaranya pada pukul 12.45 tengah hari pada akhir Ogos tahun ini di dalam sebuah kereta berhampiran jalan ke sebuah kampung di Papar.

Kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebat, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Lelaki itu dipenjara dua tahun lagi dan dua sebatan kerana hubungan antara dia dan mangsa, dan hukuman tambahan di bawah Seksyen 16(1) Akta sama memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, dan sekurang-kurangnya dua sebatan, jika sabit kesalahan. 

Hukuman penjara lapan tahun dan dua tahun itu diperintahkan dilaksanakan berturutan.

Advertisement
Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu dipenjara lapan tahun lagi ditambah satu sebatan kerana melakukan kesalahan terhadap mangsa sama dengan menyentuh bahagian sulitnya di tempat dan masa yang sama.

Lelaki itu turut menerima hukuman penjara dua tahun lagi dan dua sebatan sebagai hukuman tambahan dan lelaki itu diperintahkan menjalani hukuman itu berturut-turut.

Advertisement
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani pertuduhan pertama dan kedua, serentak bermakna dia hanya perlu menjalani hukuman penjara 10 tahun.

Bagi pertuduhan merogol, lelaki itu mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan itu terhadap mangsa sama di tempat dan masa yang sama.

Mahkamah menetapkan 12 Disember tahun ini untuk sebutan dan tiada jaminan ditawarkan.

Semasa mitigasi, lelaki yang tidak diwakili itu meminta hukuman ringan dengan mengatakan bahawa dia mempunyai keluarga untuk dijaga dan dia bahawa sudah tua.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Dacia Jane Romanus menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman berat kerana ia merupakan kesalahan serius.

Dacia berhujah bahawa mangsa adalah anak saudara lelaki itu yang sepatutnya menggalas peranan sebagai bapa kepada mangsa memandangkan bapa kanak-kanak itu telah meninggal dunia, sebaliknya lelaki itu melakukan perbuatan keji itu terhadapnya.

Dacia juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa trend kes seksual di daerah Papar sangat tinggi dan hukuman pencegahan perlu menjadi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan kesalahan yang sama.

Mahkamah mendengar bahawa kejadian itu berlaku selepas lelaki itu mengambil mangsa dari sekolah pada hari tersebut.

Ketika mereka dalam perjalanan pulang, lelaki itu telah membelai buah dadanya dan menyentuh bahagian sulit kanak-kanak itu menggunakan tangan kiri.

Pada 20 Oktober tahun ini, mangsa meminta salah seorang gurunya menghantarnya pulang kerana khuatir bapa saudaranya (tertuduh) yang selalu menjemputnya telah membelai payudaranya dan menyentuh bahagian sulitnya.

Guru berkenaan kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada seorang Ketua Kampung dan mesyuarat telah diadakan di mana ibu mangsa turut menghadiri mesyuarat untuk mendedahkan kejadian itu.

Pada 26 Okt tahun ini, mangsa kemudiannya membuat laporan polis dan lelaki itu ditahan selepas itu.

Siasatan mendapati lelaki itu adalah bapa saudara mangsa dan ibunya telah mengamanahkan lelaki itu menghantar dan menjemput mangsa dari sekolah selepas bapa mangsa meninggal dunia.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here