Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
SPRM Sabah tahan dua pegawai penguatkuasa
Published on: Saturday, November 11, 2023
Published on: Sat, Nov 11, 2023
Text Size:
Text:
SPRM Sabah tahan dua pegawai penguatkuasa
Kedua-dua suspek lelaki berusia antara 30-an hingga 40-an dipercayai ditahan semalam kira-kira jam 7 malam di pejabat SPRM Sabah ketika diminta hadir memberi keterangan. (Gambar fail)
Kota Kinabalu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan dua pegawai penguat kuasa kerana disyaki meminta rasuah daripada seorang individu sebanyak kira-kira RM8,000 sebagai balasan meringankan hukuman di atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.

Sumber memberitahu, kedua-dua suspek lelaki berusia antara 30-an hingga 40-an dipercayai ditahan semalam kira-kira jam 7 malam di pejabat SPRM Sabah ketika diminta hadir memberi keterangan.

Advertisement
“Kedua-dua suspek yang bertugas di  sebuah daerah di negeri Sabah dipercayai meminta wang rasuah berjumlah kira-kira RM8,000 pada 4 Oktober lalu yang mana RM2,000 telah diberikan pada 17 Oktober 2023 kepada salah seorang suspek,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya, kedua-dua suspek telah dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan kedua-dua mereka direkodkan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
sprm macc
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here