MEMBAKUT: Kemudahan seperti mini kompleks sukan menjadi antara perancangan bagi pembangunan insfrastruktur dan pentadbiran Membakut sebagai sebuah daerah baharu.
Wakil rakyatnya, Datuk Dr Ariffin Arif berkata, kemudahan itu penting bagi memenuhi aspirasi golongan belia serta masyarakat untuk bersukan dan beriadah.
“Kewujudan sebuah mini kompleks sukan adalah antara rancangan kita dengan wujudnya Membakut sebagai sebuah daerah penuh dan saya yakin kita akan dapat apa yang kita impikan ini,” katanya.
Advertisement





