Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sabah tegas tuntut satu pertiga kerusi Parlimen
Published on: Monday, November 13, 2023
Published on: Mon, Nov 13, 2023
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:
Text:
Sabah tegas tuntut satu pertiga kerusi Parlimen
Ewon difahamkan bahawa terdapat perbincangan antara kerajaan Negeri Sabah dan kerajaan Negeri Sarawak berhubung perkara ini dan beliau menyokong penuh segala usaha yang dilakukan untuk memastikan 1/3 daripada kerusi Parlimen diberikan kepada Sabah dan Sarawak.
PENAMPANG: Keperluan untuk perwakilan satu pertiga daripada kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak sudah lama perlu dipenuhi dan mesti diperbetulkan semula, kata Presiden Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (Upko) Datuk Ewon Benedick.

Beliau berkata ini kerana tuntutan untuk memperbetulkan komposisi kerusi Dewan Rakyat sudah tertangguh sejak sekian lama selepas Singapura meninggalkan Persekutuan Malaysia pada 1965.

Advertisement
“Semasa perbincangan untuk menubuhkan Malaysia, terdapat beberapa tuntutan daripada Sabah, Sarawak dan Singapura.

“Ini jelas dinyatakan dalam laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) bahawa komposisi kerusi Parlimen sepatutnya memberi satu pertiga kepada negeri atau wilayah selain Semenanjung atau Tanah Melayu, ketika itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Apabila Singapura meninggalkan Persekutuan Malaysia, komposisi kerusi Parlimen sepatutnya kekal sama, tetapi malangnya ia telah diubah dan memberi kelebihan kepada Semenanjung sehingga sekaranf,” katanya sambil menambah Sabah mempunyai 25 kerusi parlimen manakala Sarawak mempunyai 31 kerusi parlimen.

Ewon berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen Upko Zon C (Upko Putatan, Upko Kota Kinabalu dan Upko Penampang) di dewan Pusat Kebudayaan Penampang, di sini pada Ahad.

Advertisement
Dengan sokongan parti politik dari Sabah dan Sarawak termasuk Upko yang kekal komited memastikan kedua-dua negeri diberi satu pertiga daripada kerusi Parlimen, beliau berkata komposisi kerusi Parlimen itu boleh diperbetulkan semula.

“Ia sudah tentu memerlukan pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada sempadan pilihan raya.

Advertisement
“Kita tidak mahu pindaan perlembagaan dibuat oleh majoriti ahli Parlimen dari Semenanjung sahaja kerana tanpa Sabah dan Sarawak negara ini tidak akan ditubuhkan.

“Kita perlu membetulkan semula apa yang dimulakan pada 1963 yang telah diubah selepas Singapura meninggalkan Malaysia,” katanya.

Ewon difahamkan bahawa terdapat perbincangan antara kerajaan Negeri Sabah dan kerajaan Negeri Sarawak berhubung perkara ini dan beliau menyokong penuh segala usaha yang dilakukan untuk memastikan 1/3 daripada kerusi Parlimen diberikan kepada Sabah dan Sarawak.

“Saya juga menyokong Premier Menteri Sarawak (Tan Sri Abang Johari Abang Openg) dalam perkara ini yang mana partinya dengan tegas meluluskan resolusi menuntut satu pertiga daripada kerusi Dewan Rakyat bagi Sabah dan Sarawak,” katanya.

Ewon yang juga ahli Majlis Tindakan Khas Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan ahli Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 berkata salah satu agenda yang dibincangkan dalam jawatankuasa itu adalah satu-pertiga daripada kerusi Parlimen bagi kedua-dua negeri berkenaan.

“Saya akan menggunakan platform itu untuk menaikkan kedudukan Upko dan rakyat Sabah berhubung keperluan ini (untuk satu pertiga daripada kerusi Parlimen yang diberikan kepada Sabah dan Sarawak),” katanya.

Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, proses persempadanan semula kawasan pilihan raya di Sabah akan bermula pada 2025 kerana setiap lapan tahun, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mencadangkan persempadanan semula kawasan pilihan raya termasuk kawasan baharu.

“Saya rasa tempoh (tahun) 2025 adalah untuk SPR mencadangkan sempadan pilihan raya baharu di bawah proses persempadanan semula dengan mengambil kira peningkatan jumlah penduduk dan perkara lain berkaitan keperluan itu.

“Oleh itu, kita harus membincangkan keperluan satu pertiga daripada kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak bermula sekarang,” katanya.

Mengenai monsun timur laut yang berterusan, Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang menasihatkan penduduk di sini supaya sentiasa mendengar dan mengambil kira amaran dan nasihat pihak berkuasa berkaitan seperti Jabatan Meteorologi supaya mereka bersedia menghadapi sebarang bencana alam seperti banjir.

Kita semua tahu semasa monsun timur laut adalah tempoh hujan lebih kerap berlaku yang boleh menyebabkan sungai dan parit melimpah dan akhirnya banjir kilat.

“Selain menasihati penduduk di sini, saya meminta semua jabatan teknikal seperti Jabatan Saliran dan Pengairan (JPS) dan Jabatan Kerja Raya JKR mempercepatkan kerja-kerja pembersihan yang boleh membantu mengalirkan air limpahan dari longkang dengan lebih cepat atau sekurang-kurangnya melakukan tebatan berfungsi bagi mengelak banjir daripada menjadi lebih teruk,” katanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here