Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Suhaili sedia ambil tindakan saman dakwaan terima sogokan
Published on: Tuesday, November 14, 2023
Published on: Tue, Nov 14, 2023
By: Agust Dean
Text Size:
Text:
Suhaili sedia ambil tindakan saman dakwaan terima sogokan
Suhaili dan Hajiji
Kota Kinabalu: Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan saman terhadap individu yang menabur fitnah, menyatakan beliau beralih sokongan kerana menerima wang sogokan.

Beliau menafikan dakwaan individu tertentu bahawa beliau bersama tiga ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang lain mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri kerana menerima wang sogokan RM4 juta hingga RM6 juta.

Advertisement
Katanya, beliau akan membawa perkara itu ke mahkamah bagi mengambil tindakan saman terhadap individu-individu yang memfitnah mereka berempat.

“Saya akan minta individu itu buktikan..mana bukti kami disogok. Kalau tidak, saya akan saman malu juga,” katanya ketika ditemui semasa Persidangan Agung Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), pada Isnin.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya lagi, beliau akan berbincang bersama tiga ahli Parlimen lain yang sama-sama mengiystihar sokongan kepada kerajaan mengenai tindakan selanjutnya.

Mengulas lanjut, beliau juga tidak menolak kemungkinan akan ada lagi ahli Parlimen (Bersatu) menyokong kerajaan dan Perdana Menteri selepas ini.

Advertisement
“Ahli Parlimen memerlukan peruntukan dan saya telah menerima secara ‘pro-rate’. Selepas saya isytihar sokongan pada 30 Oktober, saya menerima RM300,000 kerana tahun ini masih berbaki dua bulan sahaja.

“Peruntukan itu cukup untuk saya menyediakan bantuan persekolahan dan bantuan banjir. Tahun depan, saya percaya kami akan terima peruntukan sama dengan peruntukan ahli Parlimen kerajaan iaitu RM4.2 juta,” katanya.

Advertisement
Mengenai dakwaan mereka berempat berpakat menyokong Perdana Menteri, beliau menafikan dakwaan itu tidak benar.

“Tidak pernah berbincang, macam mana boleh dikatakan berpakat. Tolonglah jangan memandang rendah wibawa ahli Parlimen.

“Dakwaan (berpakat) itu adalah satu bentuk penghinaan. Kami tidak berpakat. Keputusan itu atas desakan pengundi yang mahukan bantuan kita selaku wakil rakyat,” katanya.

Menurut beliau lagi, rakyat di Labuan memerlukan bantuan namun, sepanjang menjadi pembangkang, tiada bantuan yang diberikan.

Jika keadaan itu berterusan dan alasan tiada peruntukan terus diberikan kepada rakyat, tidak mustahil beliau akan kalah pada pilihan raya.

“Rakyat tidak mahu tahu wakil rakyat itu pembangkang atau tidak, mereka undi kita sebab mereka perlukan pertolongan. Rata-rata di Labuan orang susah, ramai miskin tegar.

“Jadi, saya tetap dengan pendirian saya untuk menyokong Perdana Menteri dan Ketua Menteri, saya tidak akan berganjak sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-14),” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here