Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Grand Final Jelajah Remaja SGA: Mohd Rafiq, Puteri Haryaty juara divisyen A
Published on: Tuesday, November 14, 2023
Published on: Tue, Nov 14, 2023
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Grand Final Jelajah Remaja SGA: Mohd Rafiq, Puteri Haryaty juara divisyen A
VALERIE (keenam dari kiri) bergambar bersama pemenang dan pegawai SGA selepas majlis penutupan.
Kota Kinabalu: Mohd Rafiq Anugerah Ali dan Puteri Haryaty Najwa merangkul kejuaraan divisyen A pada kejohanan Grand Final Jelajah Remaja Persatuan Golf Sabah (SGA) yang berlangsung di Sabah Golf and Country Club pada Ahad.

Rafiq mencatatkan sejumlah 226 mata selama tiga hari untuk merangkul kejuaraan lelaki, mengatasi pemenang tempat kedua Alvern Shayne Hector (273) dan Keen Damien Chai Key Yin (285) yang menduduki tempat ketiga.

Advertisement
Puteri yang mencatatkan 256 mata turut meraih kemenangan selesa ke atas Angelina Hwong Hutchinson (264) dan Janessa Psydellica (312) dalam kategori perempuan.

Dalam divisyen B, kejuaraan lelaki dimenangi Ryan Lam Ziang (246) dengan Dylan Zyden Darius (251) dan Brandon Wong Yi (260) masing-masing di tempat kedua dan ketiga, manakala kejuaraan perempuan dimenangi oleh Jamie Tan Huan Ying (258) diikuti Dynneva Joyce Donni (267) dan Shannon Sim Xuan (287).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Tiga pemenang teratas dalam divisyen C ialah Muhd Dani Mikail Jimson (270), Aiqal Darwish (283), Sheldon Ng Yong Sheng (283) bagi lelaki, dan Nur Allyssa Sofea Razali (296), Thania Tamira Raq (335), Alyssa Chu Yan Yi (342) untuk perempuan.

Seramai 60 pemain layak ke grand final yang dianjurkan SGA.

Advertisement
Jelajah lima pusingan yang bermula pada Mac lalu itu adalah salah satu usaha SGA untuk menyediakan platform kepada pemain golf remaja di negeri ini untuk mendapatkan pendedahan dan pengalaman.

Mereka yang mengambil bahagian diberi ranking dan mata diberikan dalam setiap jelajah dan ia kemudiannya ditambah kepada kelayakan mereka untuk dicadangkan kepada skuad Sukma negeri.

Advertisement
Sementara itu, Timbalan Pengarah I Majlis Sukan Sabah Valerie Wong hadir pada majlis penutupan untuk menyampaikan hadiah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here