KOTA MARUDU: Pemandu sebuah kenderaan berat (traktor backhoe case) meninggal dunia dipercayai terkena renjatan elektrik selepas cuba menyelamatkan rakan sekerjanya iaitu pemandu lori jenis sinotruck 10 tan yang terbakar akibat terkena kabel elektrik di Jalan Kampung Samparita dekat sini pada Selasa.
Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai John Adam Baudi, 56 tahun, manakala mangsa cedera parah, iaitu pemandu lori belum dikenalpasti identitinya.
Jabatan bomba berkata kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu berlaku apabila pemandu lori terbabit sedang menurunkan tanah daripada lori lalu terkena kabel elektrik.