Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sokong jika Gagasan Rakyat letak calon sesuai: Verdon
Published on: Wednesday, November 15, 2023
Published on: Wed, Nov 15, 2023
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Sokong jika Gagasan Rakyat letak calon sesuai: Verdon
Verdon berkata, wakil rakyat memainkan peranan penting dalam melaksanakan sebarang dasar atau inisiatif parti kerajaan untuk disampaikan kepada rakyat termasuk membangunkan kawasan diwakili.
Kota Kinabalu: Ahli Parlimen (Bebas) Kudat, Datuk Verdon Bahanda menegaskan hanya akan menyokong Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) di kawasan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang jika parti itu meletakkan calon yang sesuai.

Beliau berkata, Kudat perlukan pemimpin atau bakal wakil rakyat di peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) yang ikhlas bekerja untuk rakyat kerana kawasan itu sudah lama jauh ketinggalan dalam banyak perkara.

Advertisement
“Sekiranya Gagasan Rakyat meletakkan pemimpin yang betul sebagai calon di kawasan saya (Dun di Kudat), maka mungkin itu akan jadi platform terbaik untuk saya beri sokongan (kepada Gagasan Rakyat pada PRN akan datang).

“Kalau orang itu (calon Gagasan Rakyat) sesuai, maka InshaAllah kita juga akan bantu calon itu untuk capai kemenangan (PRN),” katanya ketika ditemui di Persidangan Tahunan Gagasan Rakyat di SICC, di sini baru-baru ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Verdon berkata, wakil rakyat memainkan peranan penting dalam melaksanakan sebarang dasar atau inisiatif parti kerajaan untuk disampaikan kepada rakyat termasuk membangunkan kawasan diwakili.

Katanya, kriteria calon yang tepat perlu dititikberatkan kerana jika wakil rakyat tidak telus dan ikhlas, maka ia akan menjejaskan sebarang usaha parti atau kerajaan untuk pembangunan rakyat dan kawasan.

Advertisement
“Bagi saya parti adalah sebuah platform tetapi yang akan melaksanakan dasar (inisiatif parti kerajaan) di kawasan masing-masing adalah calon ataupun wakil rakyat.

“Walaupun dasar di peringkat parti itu cantik tetapi dari segi pelaksanaan bila diturunkan kepada wakil rakyat di kawasan, tidak dilakukan dengan betul..tidak ikhlas dan amanah, maka apa pun perancangannya, akan hancur.

Advertisement
“Itu yang saya katakan bahawa saya sebagai wakil rakyat bebas akan berikan sokongan (jika) parti itu betul-betul ikhlas dan kedua, siapa pemimpin yang diletakkan sebagai calon (Gagasan Rakyat) di kawasan saya,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here