PELAWAK dan pengacara Lopz Wala merasakan dirinya diperkotak-katikkan oleh seorang individu yang menawarkan bayaran ‘tidak masuk akal’ untuk dia mengacarakan sebuah majlis perkahwinan, baru-baru ini.
Lopz atau nama penuhnya Walawd Parman memberitahu tindakan lelaki itu yang menawarkan harga ‘kupi-kupi’ sebanyak RM30 bagi khidmat mengacarakan majlis untuk kira-kira lima jam umpama satu ‘penghinaan’ terhadap dirinya.
“Bagi saya menjadi pengacara juga dianggap sebagai satu cara saya berkarya selaku anak seni.
“Apabila dia tawar harga begini kepada saya, saya rasa seolah-olah dia memperkecilkan bakat, pengalaman dan mata pencarian saya sebagai pengacara dan malah pengacara lain di Sabah,” katanya.
Advertisement





