Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Syarikat jual produk tidak berdaftar didenda RM9,000
Published on: Wednesday, November 15, 2023
Published on: Wed, Nov 15, 2023
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Syarikat jual produk tidak berdaftar didenda RM9,000
Kesalahan itu didakwa di bawah Peraturan 7(1)(a) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(2) Akta Jualan Dadah 1952, yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga kepada RM50,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Sebuah syarikat didenda RM9,000 kerana memiliki 971 kotak Lianhua Qingwen Jiaonang yang tidak berdaftar.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menjatuhkan hukuman itu kepada Aplus Communication Sdn Bhd selepas pengarahnya mengaku bersalah kepada pertuduhan terhadap syarikat itu pada Selasa.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama, syarikat itu didenda RM2,000 kerana menjual tiga kotak produk tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan (KKM).

Kesalahan itu berlaku pada 10 pagi 18 Okt 2022 di premis syarikat di Jalan Tongkozu, Likas Baharu Light Industrial Estate di Jalan Tuaran, di sini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagi pertuduhan kedua, syarikat itu didenda RM7,000 kerana menjual 968 kotak lagi produk sama di tempat dan masa yang sama.

Kesalahan itu didakwa di bawah Peraturan 7(1)(a) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(2) Akta Jualan Dadah 1952, yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga kepada RM50,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Dalam menjatuhkan hukuman itu, mahkamah berkata kepada pengarah bahawa perniagaan syarikat itu tidak berkaitan dengan produk itu kerana perniagaan mereka adalah telefon bimbit serta peralatan dan perkakas rumah.

Mahkamah menambah bahawa syarikat itu telah mengelirukan pelanggan mereka dengan menjual produk tidak berdaftar.

Advertisement
Semasa rayuan, pengarah itu memohon hukuman ringan dengan mengatakan bahawa ia adalah kesalahan pertama syarikat dan mereka tidak tahu produk itu tidak boleh dijual.

Pengarah itu berjanji mereka tidak akan mengulangi kesalahan itu pada masa hadapan.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Fashihatul Aini Binti Affandi dari Jabatan Farmasi menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal.

Dia berkata produk itu tidak berdaftar dengan KKM dan ia boleh membahayakan kesihatan orang ramai apabila digunakan secara berterusan tanpa pemeriksaan dan rawatan kesihatan oleh pengamal perubatan.

Menurut Fashihatul, nilai produk yang dirampas adalah kira-kira RM8,297.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here