Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Mahkamah tolak permohonan Bersatu kosongkan empat kerusi Parlimen di Sabah
Published on: Friday, November 17, 2023
Published on: Fri, Nov 17, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Mahkamah tolak permohonan Bersatu kosongkan  empat kerusi Parlimen di Sabah
Bersatu menamakan Johari dan empat Ahli Parlimen terlibat iaitu Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Datuk Matbali Musah (Sipitang) sebagai responden pertama hingga kelima.
Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi pada Khamis menolak permohonan Bersatu untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman terhadap Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dan empat ahli Parlimen di Sabah.

Bersatu telah memfailkan tindakan undang-undang memohon supaya Johari mengisytiharkan kerusi yang disandang oleh empat ahli Parlimen itu kosong.

Advertisement
Hakim Datuk Amarjeet Singh berkata mahkamah terikat dengan keputusan kes di Mahkamah Persekutuan bahawa mahkamah tiada bidang kuasa untuk menyoal keputusan Speaker Dewan Rakyat atas kekosongan empat kerusi berkenaan mengikut Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan.

“Oleh itu, mahkamah menolak permohonan pemohon (Bersatu) dan tiada perintah terhadap kos,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Permohonan semakan kehakiman itu difailkan oleh Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya sebagai pegawai awam parti itu selaku pemohon pada 17 April lepas.

Bersatu menamakan Johari dan empat Ahli Parlimen terlibat iaitu Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Datuk Matbali Musah (Sipitang) sebagai responden pertama hingga kelima.

Advertisement
Dalam permohonan itu, Bersatu memohon suatu perintah untuk membatalkan keputusan Johari melalui surat bertarikh 16 Jan lepas yang menyatakan responden kedua hingga kelima telah memberi penjelasan dan mengesahkan bahawa tiada berlakunya kekosongan kerusi Parlimen berkenaan berdasarkan tafsiran Perlembagaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Perlembagaan Bersatu.

Bersatu juga memohon satu deklarasi bahawa empat ahli Parlimen itu telah berhenti menjadi ahli Dewan Rakyat mengikut Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan, selain perintah supaya Johari mengesahkan berlakunya kekosongan luar jangka bagi semua kerusi Parlimen berkenaan.

Advertisement
Dalam kes itu, peguam Tan Sri Azhar Azizan Harun, Chetan Jethwani dan Pravin Thangarajoo mewakili kedua-dua pemohon manakala Peguam Kanan Persekutuan Farah Shuhada Ramli mewakili Jabatan Peguam Negara dan peguam Datuk Firoz Hussein Jamaluddin, Wafiy Azman, Woo J Enn dan Choo Shi Jin mewakili responden kedua hingga kelima. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here