Kota Kinabalu: Seorang petani berusia 45 tahun didakwa merogol cucunya.
Lelaki itu mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan, selepas pertuduhan dibacakan kepadanya.
Lelaki itu didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun itu pada 2 petang sekitar November 2022 di sebuah ladang getah di Ranau.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara lapan dan 30 tahun, dan sekurang-kurangnya 10 sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 15 Dis tahun ini untuk pengurusan kes pra-perbicaraan dan memerintahkan lelaki itu direman sementara menunggu tarikh tersebut.
Terdahulu, pihak pendakwaan membantah ikat jamin untuk lelaki itu disebabkan hubungan antara mangsa dan tertuduh.
Lelaki itu tidak berkata apa-apa.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Atiqa Nazihah Azrni manakala lelaki itu tidak diwakili.