SELEPAS hampir 10 tahun, band popular Indonesia Ungu sudah tidak sabar untuk melepaskan rindu terhadap peminat-peminat mereka di Sabah, hujung bulan ini.
Vokalisnya, Sigit Purnomo Said atau Pasha berkata peminat-peminat mereka di negeri ini sudah menjadi sebahagian daripada perjalanan seni kumpulan itu sejak ia ditubuhkan pada 1996.
“Sudah agak lama Ungu tidak membuat persembahan di Sabah, kali terakhir pada 2012, iaitu hampir 10 tahun.
“Dapat kembali ke Sabah pasti akan menggamit nostalgia dan kami sudah sangat tidak sabar untuk bertemu para penyokong Ungu di sana,” katanya dalam sidang media secara virtual di Penampang, Selasa lepas.
Advertisement





