Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Anak sulung TYT akhiri zaman bujang
Published on: Saturday, November 18, 2023
Published on: Sat, Nov 18, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Anak sulung TYT akhiri zaman bujang
Al-Hambra dan Scarlett menunjukkan sijil nikah mereka selepas selesai majlis akad nikah di Masjid Negeri pada Jumaat. – fotoBERNAMA
KOTA KINABALU: Anak sulung kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, Datuk Al Hambra yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah melangsungkan pernikahannya pada Jumaat.

Dengan sekali lafaz, Al Hambra yang juga anak sulung daripada empat beradik, sah menjadi suami kepada pengarah sebuah syarikat swasta Datin Scarlett Suhaili Sambinding Abdullah dalam upacara akad nikah di Masjid Negeri di sini, pukul 2 petang tadi.

Advertisement
Selain Tun Juhar dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni, turut hadir ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

Al Hambra yang juga Pengerusi Yayasan Nur Jauhar dan pasangannya yang berasal dari Kota Belud, dinikahkan oleh Pegawai Agama Istana Seri Kinabalu Imbran Anggun dengan mas kahwin RM1,200.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Semoga pasangan ini akan memulakan hidup berumahtangga dengan bahagia dibekalkan dengan ketabahan dalam menghadapi cabaran, ketenangan dalam menjalani hidup bersama dan kebahagiaan serta keberkatan dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing,” kata Imbran dalam tazkirah ringkas sebelum akad nikah.

Mufti Kerajaan Negeri Sabah Datuk Bungsu@Aziz Jaafar kemudian membacakan doa memohon kesejahteraan kepada mempelai dan majlis bersurai pada 2.45 petang. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here