TAMBUNAN: Kira-kira 100 pembuat parang di Pekan Kecil Pahu, di sini, akan menyahut cabaran kerajaan untuk mengusahakan pembuatan parang untuk dikomersialkan, selepas yakin dengan potensinya untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka.
Pengerusi Tamu Pekan Kecil Pahu, Dausip Majakil berkata, ketika musim baik pembuat mampu memperolehi hampir RM2,000 sebulan dengan menjual parang, yang dijadikan sama ada untuk kegunaan praktikal atau sebagai hadiah.
“Ia adalah pendapatan yang agak lumayan bagi penduduk di kawasan pedalaman di Mukim Kirokot di sini,” katanya ketika dihubungi Harian Ekspres, Khamis lepas.
Advertisement





