SANDAKAN: Pihak Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Sandakan menjalankan operasi berterusan bagi memantau beras putih import dari diseludup ke negara jiran.
Ketua Cawangan KPB Sandakan, Mohd Saiful Nizam Adnan berkata, operasi pemantauan telah pun bermula awal November ini bersama agensi-agensi penguatkuasa yang lain dengan memfokuskan perairan dan jeti-jeti sekitar Sandakan.
Katanya, operasi dijalankan berikutan pengumuman kerajaan mengenai subsidi beras putih import untuk Sabah dan Sarawak baru-baru ini.
Advertisement





