Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tindakan drastik terhadap atlet para langgar disiplin
Published on: Sunday, November 19, 2023
Published on: Sun, Nov 19, 2023
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Tindakan drastik terhadap atlet para langgar disiplin
(DUDUK dari kiri) Pengarah Majlis Sukan Sabah, Asneh Mohd Noor, Adanan Atim dan Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Fedrius Jumi, bergambar bersama atlet-atlet selepas majlis penutupan.
Kota Kinabalu: Kementerian Belia dan Sukan mengambil langkah disiplin yang ketat terhadap atlet Para Sukma negeri yang akan beraksi pada temasya di Sarawak tahun depan. 

Setiausaha Tetap Kementerian itu, Datuk Mansur Asun memberi amaran kepada atlet-atlet bahawa tindakan drastik akan diambil sekiranya mereka didapati melanggar disiplin.

Advertisement
Perutusan itu disampaikan timbalannya Adanan Atim pada majlis penutupan kem latihan fasa akhir kontinjen negeri yang diadakan di dewan Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan di Putatan pada Jumaat lalu.

Beliau berkata aspek disiplin perlu sentiasa menjadi keutamaan dan ia juga merupakan elemen terpenting dalam pertandingan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Sehebat manapun atlet itu, jika dia tidak berdisiplin, sukar untuk kami membawanya bersama.

“Tindakan segera harus diambil terhadap mereka yang tidak berdisiplin dan kementerian ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk menggugurkan nama atlet terbabit daripada senarai Para.

Advertisement
“Ini kerana kita tidak mahu atlet yang tidak berdisiplin ini memusnahkan seluruh kontinjen ketika kita bersedia untuk memulakan misi besar tahun depan,” katanya.

Beliau turut menggesa pegawai pasukan dan jurulatih supaya membuat pemantauan untuk membantu kementerian dan membuat laporan segera sekiranya terdapat atlet yang melanggar disiplin dan menunjukkan sikap buruk yang boleh merosakkan perancangan dan persiapan mereka untuk temasya dwitahunan itu.

Advertisement
Seramai 118 atlet Para daripada 10 sukan termasuk Boccia yang baru diperkenalkan menyertai kem latihan selama lima hari itu dan sukan lain yang terlibat ialah badminton, olahraga, pingpong, boling padang, tenpin boling, catur, renang, memanah dan powerlifting.

Mansur percaya menerusi program itu, atlet-atlet kini sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk cuba melepasi 54 pingat emas yang dimenangi pada temasya sebelum ini yang berlangsung di Kuala Lumpur tahun lalu.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Majlis Sukan Sabah dengan bantuan Majlis Sukan Negara dan Jabatan Belia dan Sukan di atas kejayaan penganjuran program itu, serta berterima kasih kepada semua atlet, jurulatih, pegawai, persatuan serta ibu bapa atas sokongan yang diberikan bagi memastikan program itu berjalan dengan lancar.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here