Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Risiko banjir: Penduduk digesa ambil langkah sewajarnya, patuh arahan pihak berkuasa
Published on: Sunday, November 19, 2023
Published on: Sun, Nov 19, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Risiko banjir: Penduduk digesa ambil langkah sewajarnya, patuh arahan pihak berkuasa
Gambar sekadar ilustrasi
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa semua penduduk terutama yang berada di kawasan berisiko banjir mengambil langkah pencegahan sewajarnya susulan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di Terengganu dan Kelantan hingga esok.

Menerusi hantaran di akaun Facebook beliau hari ini, Ahmad Zahid turut meminta supaya penduduk sentiasa mematuhi arahan dikeluarkan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Advertisement
"Saya berdoa dan berharap agar keadaan banjir ini dapat dielakkan dan penduduk terhindar dari musibah kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda," menurut hantaran itu.

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca itu yang melibatkan seluruh Terengganu, manakala beberapa kawasan di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai bermula 18 Nov.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Selain itu, MetMalaysia memaklumkan hujan berterusan tahap waspada turut dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kelantan, Kedah, Perak, Pahang dan Sabah dalam tempoh sama. 

Kawasan terlibat di Kelantan ialah Gua Musang manakala di Kedah meliputi Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling.

Advertisement
Keadaan sama juga dijangka berlaku di Perak (Hulu Perak dan Kuala Kangsar); Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin); dan Sabah (Ranau, Kota Belud, Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan dan Kudat).
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here