Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pengguna gesa jalan rosak di Kuala Penyu-Bongawan-Benoni dibaiki segera
Published on: Sunday, November 19, 2023
Published on: Sun, Nov 19, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Pengguna gesa jalan rosak di Kuala Penyu-Bongawan-Benoni dibaiki segera
LABUAN: Pengguna jalan raya yang berulang-alik antara persimpangan Kuala Penyu dan Bongawan ke Benoni, Sabah menggesa pihak berkuasa agar membaiki segera jalan itu yang rosak kerana boleh mengancam keselamatan pengguna.

Perjalanan yang memakan masa amat mengecewakan pemandu apabila terpaksa berdepan lalu lintas yang perlahan antara Kota Kinabalu dan Menumbok atau Beaufort dan Brunei kerana keadaan jalan berlubang dan tidak rata.

Advertisement
Orang ramai menggesa tindakan pantas agar membaiki jalan itu dan tidak seharusnya menunggu sehingga projek Lebuhraya Pan Borneo siap.

Chong Wei Lee, 45, berkata keadaan jalan raya yang rosak bukan sahaja menyusahkan pengguna kerana menyebabkan kelewatan dalam perjalanan malah menimbulkan kebimbangan kemungkinan berlakunya kemalangan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata sekiranya jalan dari persimpangan Kuala Penyu ke Benoni dibiarkan tidak dibaiki, ia tidak lama lagi boleh mendapat reputasi sama seperti jalan Telupid yang sering disamakan dengan "permukaan bulan" akibat jalan berlubang yang boleh menyebabkan kenderaan rosak.

“Kita tidak boleh menunggu hingga projek Lebuhraya Pan Borneo siap. Pihak berkuasa digesa agar segera menjalankan kerja-kerja pembaikan dan memastikan keselamatan pengguna jalan raya,” katanya kepada Bernama hari ini.

Advertisement
Jeffrey Nina, 52, yang sering menggunakan laluan dari Labuan ke Kota Kinabalu berkata memandangkan aduan telah banyak dibangkitkan, kerajaan perlu mengutamakan penyelenggaraan dan pembaikan laluan penting itu.

"Gesaan untuk tindakan segera pembaikan di jalan Kuala Penyu-Bongawan-Benoni mencerminkan keprihatinan orang ramai terhadap penyelenggaraan infrastruktur di kawasan ini bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua pengguna jalan raya,” katanya. 
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here