LABUAN: Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Adul Rahman, berkata beliau menerima hukuman penggantungan enam tahun yang dikenakan ke atasnya oleh Jawatankuasa Tatatertib Parti Pribumi Bersatu Malaysia kerana mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, beliau merasakan hukuman itu keterlaluan dan bahawa beliau ‘dihukum secara salah kerana keputusan yang tepat’.
“Apabila saya mengisytiharkan sokongan kepada PM, dalam kenyataan yang sama saya turut katakan bahawa saya kekal sebagai ahli Bersatu dan terus memainkan peranan pembangkang dalam isu yang saya berbeza pendapat.
“Tetapi malangnya, perkara itu tidak diendahkan. Sumbangan saya dalam memenangi kerusi sukar Parlimen Labuan yang berada dalam genggaman BN selama beberapa dekad juga tidak diberi pertimbangan.
Advertisement





