KOMPOSER dan penyanyi terkenal Datuk M Nasir mengakui dengan senario industri muzik hari ini semakin sukar untuk menghasilkan lagu baharu.
Lagi-lagi apabila trend muzik tanah air hari ini lebih kepada menyanyikan semula lagu-lagu lama, katanya.
“Lagu baru, muzik baru sekarang susah mahu buat… kita sekarang susah untuk mencipta benda baharu. Apa yang kita dengar sekarang juga tidak ada lagi yang boleh dikatakan sebagai betul-betul baru.
“Kita rasa apa yang kita buat itu adalah benda baharu, tapi bagi orang lain ia sebenarnya sama saja. Untuk buat lagu baharu, ia tidak hanya mengenai sentuhan kita tetapi ia juga banyak bergantung kepada perubahan muzik dan teknologi.
Advertisement





