Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
426 individu diperiksa dalam Operasi Bersepadu RCP Kalabakan
Published on: Tuesday, November 21, 2023
Published on: Tue, Nov 21, 2023
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
426 individu diperiksa dalam Operasi Bersepadu RCP Kalabakan
SEBAHAGIAN daripada individu yang diperiksa dalam operasi itu.
KALABAKAN: Seramai 426 individu dan 224 kenderaan pelbagai jenis diperiksa sepanjang dua hari Operasi Bersepadu Road Check Point (RCP) Kalabakan yang dilancarkan bermula 16 hingga 18 November lalu.

Komander Esscom, DCP Datuk Victor Sanjos, berkata operasi di daratan Kalabakan membabitkan 66 pegawai dan anggota itu diadakan dalam usaha membanteras pendatang asing tanpa izin (PTI) dan elemen jenayah rentas sempadan.

Advertisement
Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut, pihaknya menahan lapan Pati warga Filipina dan Indonesia atas kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Kesemua mereka diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Tawau mengikut Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 untuk siasatan lanjut,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Victor berkata, pihaknya turut menahan dua individu kerana disyaki memiliki senapang buatan sendiri jenis bakakuk bersama beberapa butir peluru hidup yang disembunyikan di dalam kenderaan serta premis.

Tambahnya, kedua-dua individu terbabit dan barang rampasan dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960.

Advertisement
“Selain itu,kita juga menangkap enam individu dewasa kerana didapati positif dadah jenis Methamphetamine.

“Kesemua suspek ditahan lanjut untuk siasatan di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 oleh pihak Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau,” tambahnya.

Advertisement
Di samping itu, katanya, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Tawau serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut mengeluarkan 21 keping saman masing-masing atas pelbagai kesalahan lalu lintas di bawah POL 257 dan Akta Pengangkutan Jalan Raya (APJ) 1987. 

Mengulas lanjut, Victor berkata Operasi Bersepadu di RCP Kalabakan itu bertujuan membanteras penyeludupan barang kawalan, bersubsidi, tidak bercukai dan penyusupan PTI.

“Begitu juga penguatkuasaan terhadap kesalahan-kesalahan lain di laluan utama menghubungkan pantai Barat dan pantai Timur Sabah, termasuk operasi keselamatan di laluan tikus yang dikenal pasti digunakan oleh penjenayah berhampiran sempadan daratan daerah Kalabakan,” katanya.

Tambahnya, Esscom akan terus mempergiat operasi bersepadu di kesemua daerah dalam Esszone bagi mengekang sebarang elemen yang boleh menggugat keselamatan dan kesejahteraan awam akibat kebanjiran PTI, khususnya di pantai Timur Sabah.

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat untuk menyalurkan maklumat berkaitan insiden keselamatan di Esszone ke Pusat Operasi Esscom di talian 089-863181 atau melalui aplikasi Whatsapp di talian 011-63311072.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada semua pegawai dan anggota yang terlibat dalamoperasi itu termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya IPD Tawau, BSJN, BSPT dan Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau.

Turut terlibat, Unit Dron Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (MK ATB 2), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Kastam Diraja, JPJ, JIM, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS).

Terlibat sama, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),  daerah Kalabakan dan Tawau.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here