Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sabah tubuh jawatankuasa bersama selaras projek Persekutuan
Published on: Wednesday, November 22, 2023
Published on: Wed, Nov 22, 2023
Text Size:
Text:
Sabah tubuh jawatankuasa bersama selaras projek Persekutuan
Hajiji (tengah) mempengerusikan mesyuarat itu. Turut kelihatan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Armizan Mohd Ali (kanan) dan Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya.
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor bersetuju dengan cadangan pembentukan jawatankuasa bersama kerajaan negeri-Persekutuan bagi menyelaraskan pelaksanaan projek pembangunan Persekutuan di negeri itu.

Hajiji berkata cabaran yang menghalang pelaksanaan atau penyiapan projek Persekutuan boleh diatasi dengan penubuhan jawatankuasa di bawah bidang kuasa Pejabat Pembangunan Sabah (SDO) itu. Justeru, beliau telah mengarahkan jabatan itu bertindak terhadap kontraktor yang gagal melaksanakannya tugas serta menamatkan kontrak mereka.

Advertisement
“Tamatkan sahaja kontrak mereka. Kenapa kontraktor mesti terus dikekalkan sedangkan projek itu gagal disiapkan? Kenapa perlu tangguh (pecat kontraktor)?.

“Saya mahu semua kementerian, jabatan dan agensi mengambil iktibar terhadap isu yang dikemukakan oleh SDO untuk memperbaiki prestasi,” katanya ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri di Menara Kinabalu di sini, pada Selasa. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Terdahulu dalam mesyuarat sama, Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun telah membangkitkan isu pembinaan Masjid Daerah Ranau, yang telah tertangguh dengan ketara namun tiada tindakan untuk menamatkan kontraktor.

Sementara itu, Hajiji berkata dalam Belanjawan 2024 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Oktober lepas, Sabah telah diperuntukkan sebanyak RM6.6 bilion bagi pembangunan berbanding RM6.5 bilion tahun ini.

Advertisement
Beliau berkata kerajaan Persekutuan juga mewakilkan projek pembangunan di bawah RM50 juta kepada Agensi Teknikal Sabah untuk meningkatkan lagi keberkesanan pelaksanaan.

Kerajaan Negeri dan Persekutuan juga bersetuju bahawa Sabah akan mengambil alih kuasa kawal selia bekalan elektrik pada 3 Januari 2024, dengan kerajaan Persekutuan akan meneruskan subsidi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) sehingga Pelan Transformasi SESB dilaksanakan tujuh tahun mulai sekarang.

Advertisement
Semua ini, menurut Hajiji, mencerminkan komitmen kerajaan Persekutuan untuk memberi tumpuan kepada pembangunan Sabah melalui pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Ketua Menteri juga mengulangi gesaan agar semua pegawai daerah memantau prestasi projek pembangunan, meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan dan menangani isu kemiskinan di kawasan masing-masing.

“Fungsi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Daerah dan Kumpulan Fokus Kesejahteraan Rakyat Daerah juga perlu dipertingkatkan, laporkan kepada pihak atasan jika ada masalah.

“Kita mesti fokus pada pelaksanaan projek pembangunan kerana bimbang peruntukan itu gagal sampai ke akar umbi kerana ketidakcekapan,” katanya sambil menambah semua peraturan yang lapuk dan tidak relevan perlu dilkaji semula dan ditambah baik mengikut kesesuaian semasa.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here