Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Sabah akan diwakili 10 pemain pada grand final Kejohanan Tenpin Boling SportExcel Milo NSC MTBC
Published on: Friday, November 24, 2023
Published on: Fri, Nov 24, 2023
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Sabah akan diwakili 10 pemain pada grand final Kejohanan Tenpin Boling SportExcel Milo NSC MTBC
SKUAD tenpin boling negeri.
Kota Kinabalu: Sabah akan diwakili 10 pemain pada grand final Kejohanan Tenpin Boling SportExcel Milo NSC MTBC bermula hari ini di Sunway Megalanes Sunway Pyramid di Selangor.

Lima atlet yang akan bertanding dalam kategori terbuka ialah Chloe Ho Rui Zhi, Nur Aleeya Syakirah Awang Ali, Emmanuel Fo Yung Khee, Bryan Liew Tze Chun dan Brandon Liew Tze Vui.

Advertisement
Dhaniya Marissa Aleeya Drahman, Aaron Liew Tze Hao, Awang Syamsul Khusairi Ag Samsudin akan mengambil bahagian dalam kategori graded, manakala Miasara Adawiyah Saiful dan Muhammad Faris Faiq Afillah dalam kategori bawah 12 tahun.

Kontinjen diketuai pengurus pasukan Siti Nurafiqah diiringi jurulatih Sheridan, Steven dan Ricky.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Presiden Persatuan Tenpin Boling Sabah, Rozzainnysham Talip menggesa pemain-pemain agar melakukan yang terbaik dalam kejohanan anjuran Kongres Tenpin Boling Malaysia itu dan cuba masuk ke dalam skuad remaja kebangsaan.

Menurutnya, hanya mereka yang mengumpul mata yang mencukupi daripada jelajah sirkit yang bermula Januari lalu layak ke grand final dan pemenang dalam setiap kategori akan diserap ke dalam skuad kebangsaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here