Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Pembangunan belia dan sukan: ‘Sabah, Sarawak perlu agihan peruntukan adil’
Published on: Saturday, November 25, 2023
Published on: Sat, Nov 25, 2023
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Pembangunan belia dan sukan: ‘Sabah, Sarawak perlu agihan peruntukan adil’
“Sebagai rakan kongsi di Malaysia, Sabah dan Sarawak harus menerima pengagihan peruntukan yang adil dan saksama bagi membolehkan rakyat kedua-dua negeri menikmati kemudahan dan program sukan yang melibatkan pembangunan atlet dan belia," kata Ellron.
Kota Kinabalu: Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin menyokong Ahli Parlimen Keningau Datuk Seri Jeffrey Kitingan dalam permintaannya supaya lebih banyak dana diperuntukkan kepada Sabah dan Sarawak oleh Kerajaan Persekutuan untuk pembangunan belia dan Sukan.

Timbalan Ketua Menteri, Jeffery membuat gesaan itu semasa sesi perbahasan belanjawan 2024 di Parlimen pada Selasa.

Advertisement
Difahamkan sebanyak RM112.29 juta telah diperuntukkan untuk Pembangunan Belia dan Sukan dalam Belanjawan 2024.

“Sebagai Menteri Belia dan Sukan Sabah, saya menyokong penuh saranan Dr Jeffrey agar lebih banyak dana diperuntukkan kepada kedua-dua negeri dan berharap Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Belia dan Sukan dapat memenuhi permintaan itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Sebagai rakan kongsi di Malaysia, Sabah dan Sarawak harus menerima pengagihan peruntukan yang adil dan saksama bagi membolehkan rakyat kedua-dua negeri menikmati kemudahan dan program sukan yang melibatkan pembangunan atlet dan belia.

“Dalam mengagihkan peruntukan itu, Kerajaan Persekutuan juga perlu mengambil kira saiz negeri dan jumlah penduduk,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.

Advertisement
Tambahnya, kerajaan pusat juga harus memberikan tumpuan dan perhatian terhadap permintaan tersebut agar tidak menghalang pembangunan bakat muda Sabah dan Sarawak dalam bidang sukan kerana kedua-dua negeri telah melahirkan ramai atlet selama ini yang mengharumkan nama negara. 

Beliau turut mengetengahkan kesukaran yang dihadapi pasukan bola sepak sekolah negeri baru-baru ini di mana kerajaan negeri terpaksa campur tangan bagi membiayai perjalanan mereka untuk bertanding di kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kebangsaan (MSSM) di Johor kerana kekurangan dana.

Advertisement
“Pasukan bola sepak Majlis Sukan Sekolah Sabah (MSSS) bawah 15 tahun dan 18 tahun Sabah pada mulanya tidak dapat menyertai pertandingan bola sepak MSSM di Johor kerana tidak mampu membeli tiket kapal terbang dan penginapan.

“Akibatnya kerajaan negeri terpaksa menanggung semua kos untuk melaksanakan tanggungjawab itu,” katanya.

Beliau berharap isu sebegini yang mengecewakan atlet muda di negeri ini yang telah bekerja keras tidak berulang lagi pada masa akan datang.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here