Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Denda, penalti lebih RM900K gagal isytihar pendapatan
Published on: Saturday, November 25, 2023
Published on: Sat, Nov 25, 2023
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Denda, penalti lebih RM900K gagal isytihar pendapatan
Chu didakwa mengikut Seksyen 112(1A) Akta Cukai Pendapatan 1967, yang membawa hukuman denda antara RM10,000 dan RM20,000, atau penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya, dan penalti khas sebanyak tiga kali ganda amaun cukai sepatutnya dikenakan, jika sabit kesalahan.
Seorang pengarah syarikat pengangkutan buah tandan segar (FFB) sawit didenda RM10,000 atau penjara tiga bulan, serta dikenakan penalti khas berjumlah RM899,657.64  juta oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis, kerana gagal mengemukakan penyata cukai pendapatan selama tiga tahun.

Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin menjatuhkan hukuman itu kepada Chu Chen Yiap, 38, selepas dia mengaku bersalah kepada tuduhan terhadapnya.

Advertisement
Chu, pengarah Indah Dutamas Sdn Bhd (IDSB), gagal mengemukakan penyata dalam Borang C kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi tahun taksiran 2017, 2018 dan 2021 untuk hasil bercukai sebanyak RM1,628,090, yang mana cukai perlu dibayar ialah RM299,885.88.

Dia didakwa mengikut Seksyen 112(1A) Akta Cukai Pendapatan 1967, yang membawa hukuman denda antara RM10,000 dan RM20,000, atau penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya, dan penalti khas sebanyak tiga kali ganda amaun cukai sepatutnya dikenakan, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dayang Aidaku memerintahkan Chu dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda. Bagaimanapun, Chu membayar denda itu. 

Majistret juga mengarahkan Chu membayar penalti khas kepada LHDN dan menyerahkan Borang C pengisytiharan cukai pendapatan dalam tempoh 30 hari mulai Khamis.

Advertisement
Semasa mitigasi, Chu memohon hukuman ringan, berkata situasi perniagaannya tidak baik ketika ini dan dia perlu menanggung keluarga. 

Pegawai pendakwa Mohd Arif Hermansah dan Mohd Kamarulzaman Mohd Noor dari LHDN memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pencegahan, dengan menyatakan ia merupakan kesalahan serius, dan untuk memberi kesedaran bukan sahaja kepada Chu tetapi juga masyarakat lain agar tidak melakukan kesalahan sama.

Advertisement
“Kutipan cukai sangat penting untuk pembangunan negara, malah adalah satu ketidakadilan bagi pembayar cukai lain jika Chu tidak menunaikan tanggungjawabnya untuk membayar cukai.”
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here