Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Roboh rumah haram atas tanah Muis ditangguh
Published on: Monday, November 27, 2023
Published on: Mon, Nov 27, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Roboh rumah haram atas tanah Muis ditangguh
Suhaili berkata hampir 100 peratus daripada lebih 3,000 orang yang menetap di tanah itu adalah rakyat Malaysia, kebanyakannya mempunyai anak yang masih bersekolah. 
LABUAN: Kerja-kerja perobohan lebih 500 struktur haram di atas tanah Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) di Kampung Gersik di sini ditangguhkan kepada 28 Februari, 2024.  

Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman berkata keputusan itu susulan maklum balas kepada nasib penduduk terjejas dengan memberi mereka masa tambahan untuk mencari rumah alternatif.

Advertisement
Suhaili berkata beliau telah menghubungi pegawai Muis mengenai perkara itu, menekankan perlunya empati dan kefahaman terhadap individu terlibat. 

“Saya telah menyampaikan desakan menangguhkan perobohan itu kepada pegawai Muis dan mereka bersetuju untuk melanjutkan (masa mencari rumah) hingga akhir Februari tahun depan,” katanya kepada Bernama pada Ahad. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata pada Sabtu, hampir seribu penduduk terjejas berkumpul di balai raya Kg Gersik untuk bertemu dengannya dan berkongsi kesukaran mereka mendapatkan rumah sewa mampu milik di tempat lain. 

“Mereka ini akan kehilangan tempat tinggal dalam sekelip mata jika perobohan diteruskan, kerana mereka tidak mempunyai tempat perlindungan untuk keluarga mereka. 

Advertisement
“Semasa menguatkuasakan undang-undang, penting untuk turut mempertimbangkan aspek kemanusiaan,” katanya.

Suhaili berkata hampir 100 peratus daripada lebih 3,000 orang yang menetap di tanah itu adalah rakyat Malaysia, kebanyakannya mempunyai anak yang masih bersekolah. 

Advertisement
“Keluarga-keluarga ini telah menduduki tanah itu sejak 30 tahun lepas, keputusan untuk menangguhkan perobohan itu mencerminkan keseimbangan antara menguatkuasakan peraturan dan mempertimbangkan keperluan manusiawi mereka yang terjejas, memberikan mereka tempoh masa lebih panjang untuk mencari penyelesaian perumahan alternatif,” katanya.

Beliau berkata penangguhan itu hanya untuk rumah-rumah yang masih diduduki, rumah yang sudah dikosongkan dijadualkan untuk perobohan minggu depan.

Muis memulakan proses perobohan pada 23 Nov lepas bermula dengan 45 struktur haram dan akan disambung semula Isnin ini. 

Majlis itu telah mengeluarkan notis enam bulan kepada penduduk pada 22 Mei lepas dengan tarikh luput 22 November.

Ketua Penolong Setiausaha (Pelaburan) Muis Putera Aliif Al’Ain Jasni berkata lebih 500 buah rumah dibina di dua plot tanah Muis iaitu masing-masing berkeluasan 4.946 hektar dan 9.025 hektar.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here