Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kerajaan teliti isu, aduan rakyat kepada Agong: 111 perkara dibangkit dari Sabah dan Sarawak
Published on: Tuesday, November 28, 2023
Published on: Tue, Nov 28, 2023
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Kerajaan teliti isu, aduan  rakyat kepada Agong: 111 perkara dibangkit dari Sabah dan Sarawak
Kuala Lumpur: Kerajaan sedang meneliti semua isu dan aduan yang telah dikemukakan oleh rakyat negeri Sabah dan Sarawak kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong semasa misi jelajah Kembara Kenali Borneo. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Armizan Mohd Ali (gambar) berkata, berdasarkan semakan, terdapat 111 perkara yang telah dibangkitkan dalam kompilasi dokumen tersebut iaitu 74 dari Sabah dan 37 dari Sarawak. 

Advertisement
“Kembara Kenali Borneo tersebut berlangsung selama 11 hari bermula pada 3 September hingga 13 September dari Sabah ke Sarawak. 

“Boleh dikategorikan 55 aduan, 43 permohonan dan 13 ucapan penghargaan umum diterima ketika itu,” katanya. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong di Dewan Rakyat pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen Kelima Belas 2023.

Tambahnya, antara perkara yang dibangkitkan oleh rakyat Sabah dan Sarawak kepada Baginda semasa misi jelajah tersebut adalah bekalan air, bekalan elektrik, kesihatan, pendidikan, jalan raya, tanah adat, kebajikan, sosio ekonomi dan keselamatan. 

Advertisement
“Kesemua perkara ini memerlukan penelitian atau tindakan di peringkat Kementerian, Jabatan, Agensi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak. 

“Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Jabatan Perdana Menteri (BHESS, JPM) juga sedang menyelaras perkara ini bersama semua pihak yang terlibat. 

Advertisement
“Tindakan pemantauan akan terus dilaksanakan oleh bahagian ini bagi memastikan tindakan sewajarnya telah dilaksanakan oleh semua pihak yang terlibat,” ujarnya. 

Terdahulu, Vivian bertanya, adakah kerajaan akan menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menangani semua isu dan aduan yang telah dikemukakan oleh rakyat Sabah kepada Yang Di-Pertuan Agong semasa jelajah tersebut. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here