Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pemain industri sarang burung walet digesa ‘berfikiran global’
Published on: Tuesday, November 28, 2023
Published on: Tue, Nov 28, 2023
By: Mohd Izham Bin Hashim
Text Size:
Text:
Pemain industri sarang burung walet digesa ‘berfikiran global’
CHAN (duduk, ketiga dari kanan) bersama Allen (kedua dari kanan) dan yang lain pada program itu.
Kota Kinabalu: Pemain industri sarang burung walet di Sabah digesa ‘berfikiran global’ dan beralih kepada pemprosesan komersial untuk mendapat akses ke pasaran eksport sarang burung di China yang lebih menguntungkan.

“Saya berharap pemain industri tempatan mengguna pakai pemprosesan komersial sarang burung walet mentah kepada produk berkualiti tinggi yang sedia untuk pasaran eksport, yang bukan sahaja memperoleh harga lebih tinggi tetapi juga membawa kepada keuntungan yang lebih baik,” kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin.

Advertisement
Beliau menggalakkan pemain industri tempatan menyahut cabaran itu dan bukannya bergantung semata-mata kepada pasaran domestik dan menjual produk mereka kepada pelancong.

Tambahan pula, Chan menggariskan peralihan kepada pemprosesan komersial merupakan langkah penting bagi industri sarang burung walet Sabah, untuk terus berdaya saing dan memanfaatkan permintaan yang semakin meningkat bagi komoditi yang sangat berharga itu.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here