Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Pelancongan: Sabah jangka jana pendapatan RM5.6 billion tahun depan
Published on: Thursday, November 30, 2023
Published on: Thu, Nov 30, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Pelancongan: Sabah jangka jana pendapatan RM5.6 billion tahun depan
Liew berkata kedatangan pelancong ke Sabah juga amat memberangsangkan dengan ketibaan 1.88 juta pelancong yang menjana anggaran perbelanjaan pelancongan RM3.95 billion untuk tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.
Kota Kinabalu: Sabah menyasarkan kedatangan 2.8 juta pelancong tahun depan yang dijangka dapat menjana pendapatan sebanyak RM5.6 bilion, Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu pada Rabu.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Christina Liew berkata sasaran itu didorong oleh perancangan kementeriannya dalam mempergiatkan penganjuran acara ikonik yang diiktiraf antarabangsa di negeri ini.

Advertisement
“Ia khususnya untuk menghidupkan semula acara-acara yang menjadi ikonik kepada negeri ini suatu ketika dulu seperti Mount Kinabalu Climbathon, dan juga Sabah Fest,” katanya menggulung perbahasan Belanjawan Sabah 2024.

Beliau berkata kedatangan pelancong ke Sabah juga amat memberangsangkan dengan ketibaan 1.88 juta pelancong yang menjana anggaran perbelanjaan pelancongan RM3.95 billion untuk tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Ini merupakan satu peningkatan yang amat baik dengan kadar pertumbuhan sebanyak 58.2 peratus  berbanding tempoh sama tahun lepas.

Peningkatan yang ketara ini didorong oleh jumlah penerbangan ke negeri ini yang kian pulih,” katanya.

Advertisement
Liew berkata pada masa ini terdapat 317 penerbangan domestik, dan 98 penerbangan antarabangsa terus ke Kota Kinabalu melibatkan 13 destinasi antarabangsa dalam tempoh seminggu.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan negeri Datuk Ellron Angin ketika menggulung perbahasan sama berkata dalam membangunkan sukan berprestasi tinggi di negeri ini, Sukan Sabah (Saga) Ke-10 akan diadakan bermula 16 hingga 22 Disember ini.

Advertisement
Beliau berkata sebanyak 22 jenis sukan dipertandingkan melibatkan 3,110 atlet dan pegawai dalam temasya sukan terbesar di Sabah itu yang diadakan di empat daerah iaitu Kota Kinabalu, Ranau,  Tuaran, dan Keningau.

Katanya sebanyak 182 pingat emas, 182 pingat perak dan 262 pingat gangsa akan menjadi rebutan dalam 103 acara kategori lelaki, 75 acara untuk kategori wanita dan empat acara bagi kategori campuran.

“Sukan Sabah merupakan platform kepada ahli sukan atau atlet daripada 28 daerah di seluruh negeri Sabah bertanding sebelum dikenal pasti dan dipilih mewakili negeri ini antaranya untuk menyertai Sukan Malaysia atau Sukma 2024 Sarawak yang akan berlangsung pada Ogos tahun depan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here