Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
DBKK dalam proses heret pemilik tanah ke mahkamah: Gagal selenggara tanah kosong
Published on: Thursday, November 30, 2023
Published on: Thu, Nov 30, 2023
By: Sidney Skinner
Text Size:
Text:
DBKK dalam proses heret pemilik tanah ke mahkamah: Gagal selenggara tanah kosong
POKOK yang tumbang dari tanah kosong di kawasan Kepayan Ridge ini bersandar di blok pangsapuri ini.
DEWAN Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sedia bagi memulakan tindakan undang-undang terhadap seorang pemilik tanah di Kepayan, yang telah berulang kali tidak mempedulikan gesaannya supaya rumput panjang di plotnya dicantas.

Sebatang pokok yang tumbuh di lereng bukit untuk tanah kosong, dekat Jalan Bunga Raja Kayu, tumbang ke dalam perkarangan pangsapuri berdekatan awal bulan ini dan bersandar pada salah satu blok.

Advertisement
Sebahagian bumbung tempat letak kereta di sebelah bangunan itu juga runtuh apabila pokok berkenaan tumbang.

Seorang pemilik pangsapuri menulis kepada Hotline tentang kemungkinan kecederaan dan kehilangan nyawa, selain daripada kerosakan harta benda, yang boleh berlaku jika lebih banyak pokok di cerun itu tumbang.

SEBAHAGIAN bumbung tempat letak kereta ini runtuh disebabkan pokok tumbang itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Salinan surat ini dikemukakan kepada agensi berkenaan. Jurucakap Jabatan Landskap DBKK berkata notis sudah beberapa kali dikeluarkan kepada pemilik tanah berkenaan sejak 10 tahun lalu tetapi dia juga berulang kali membiarkan hartanah itu tidak diselenggara.

Katanya, semak di plot kosong itu bukan sahaja merosakkan pemandangan malah kini membahayakan orang ramai.

Advertisement
“Kami sedang bekerjasama dengan Jabatan Undang-undang kami untuk memulakan prosiding mahkamah terhadap pemilik tanah,” katanya.

Katanya, amaran terakhir, yang ditandatangani oleh Mayor, akan diberikan kepadanya sebagai sebahagian daripada proses ini.

Advertisement
“Individu itu akan dimaklumkan bahawa tanahnya yang dalam keadaan ‘semak dan tidak diselenggar’ terbukti menyebabkan gangguan dan bahaya kepada mereka yang tinggal di kawasan sekitar.” 

“Tempoh tujuh hari akan diberikan kepadanya untuk bertindak menangani gangguan ini.

“Sekiranya pemilik tanah gagal mematuhinya, maka kami tidak mempunyai pilihan selain meneruskan kes mahkamah di bawah Seksyen 49(c) Ordinan Kerajaan Tempatan.”

Jika didapati bersalah, dia berdepan kemungkinan perlu memabayar denda sehingga RM1,000, penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya, menurutnya.

Jurucakap itu menggesa pembayar kadar yang mempunyai tanah kosong untuk menyelenggara hartanah mereka dengan kerap dengan memangkas rumput panjang dan mencantas pokok yang tumbuh di perkarangan. “Penyelenggaraan sedemikian perlu dilakukan, sekurang-kurangnya sebulan sekali supaya plot yang belum dibangunkan ini tidak menjadi gangguan awam.”

WONG, pemilik unit di pangsapuri itu, berkata hujan lebat dan angin bertiup kencang ketika pokok berkenaan tumbang.

“Tinggi pokok itu kira-kira seperti bangunan lima tingkat dan lebarnya kira-kira setengah meter,” katanya.

“Terdapat beberapa pokok lain di cerun itu yang sudah mula condong pada sudut 45 darjah.

“Ia boleh jatuh pada bila-bila masa dan berisiko kepada kami dan orang yang kami sayangi.”

POKOK yang tumbang merentasi Jalan Bandau-Kuala Penyu, ketika cuaca buruk di Membakut petang semalam, menyebabkan kesesakan lalu lintas selama berjam-jam.

Katanya, dia sudah mengemukakan masalah itu kepada MC beberapa kali.

“Saya difahamkan kakitangan firma itu membuat banyak laporan kepada DBKK sejak 2011 dan juga secara peribadi bertemu dengan beberapa pegawainya mengenai semak samun di lereng bukit.

“Mereka dimaklumkan, pada satu peringkat, bahawa agensi itu tidak dapat campur tangan kerana tanah itu bukan kawasan lapang. Hakmilik hartanah itu nampaknya belum diserahkan kepada DBKK.”

Wong berharap pihak berkuasa akan mencari cara untuk mengetepikan isu teknikal ini dan bertindak bagi menjaga kesejahteraan ramai penghuni di pangsapuri itu.

“DBKK mungkin boleh menimbangkan untuk menyelenggara semak samun di lereng bukit itu dan kemudian menuntut pemilik tanah untuk membayar kos kerja ini.

“Perbelanjaan yang ditanggung boleh dimasukkan ke dalam taksiran tahunan yang dikenakan ke atas pemilik tanah itu.”

Sementara itu, kakitangan Jabatan Kerja Raya diminta lebih prihatin dengan keadaan rumput di rizab jalan di bawah penyelenggaraannya di Membakut.

Seorang jurucakap berkata ini akan membantu memastikan pemandu tidak terganggu dengan gangguan membabitkan pokok dan rumput di tepi jalan ini.

Dia mengulas maklum balas mengenai sebatang pokok yang tumbang merentasi satu bahagian Jalan Bandau-Kuala Penyu semalam, menghalang lalu lintas dari arah Kg Brunei dan Kg Pimping selama lebih sejam.

Jurucakap itu berkata pokok itu tumbang semasa cuaca buruk di pekan itu pada ketika itu. “Pemegang konsesi kerajaan, yang ditugaskan menyelenggara jalan itu, dimaklumkan mengenai kejadian ini dan pokok itu dialihkan beberapa jam selepas ia tumbang,” katanya.

Jurucakap syarikat itu berkata satu pasukan yang terdiri daripada 10 orang dari pejabat cawangannya di pekan itu mula mengalihkan pokok berkenaan sekitar jam 5 petang.

“Pokok yang tumbang itu panjangnya kira-kira 10 setengah meter,” katanya. “Pekerja kami membersihkan jalan dan lalu lintas bergerak kira-kira 30 minit kemudian.

“Dengan menggunakan gergaji, mereka memotong batang pokok menjadi kepingan yang lebih mudah diurus sebelum mengalihkan sisa-sisanya.”

Katanya, sebuah jengkaut dikerahkan untuk memudahkan usaha ini, yang siap kira-kira jam 8 malam.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here