Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Majoriti miskin tegar Sabah berdaftar eKasih berumur lebih 64
Published on: Friday, December 01, 2023
Published on: Fri, Dec 01, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Majoriti miskin tegar Sabah berdaftar eKasih berumur lebih 64
Jahid berkata selain itu cabaran dihadapi termasuk jumlah miskin tegar yang ramai dalam eKasih itu dan lokasi tempat tinggal di kawasan pedalaman menyukarkan golongan itu mengikuti program meningkatkan pendapatan dilaksanakan kerajaan.
Kota Kinabalu: Majoriti golongan miskin tegar berdaftar dalam sistem eKasih di Sabah melebihi kumpulan umur produktif iaitu lebih 64 tahun sekali gus memberikan cabaran untuk membawa mereka keluar daripada situasi itu, persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu pada Khamis.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata berdasarkan data Pejabat Pembangunan Negeri Sabah, sehingga 31 Oktober lepas sebanyak 18,853 orang miskin tegar di Sabah telah berdaftar dalam sistem eKasih.

Advertisement
“Angka ini menunjukkan sebanyak 16.5 peratus daripada jumlah keseluruhan Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dalam sistem eKasih,” katanya menjawab soalan lisan Datuk Hassan A Gani Pg. Amir (GRS-Sebatik) yang bertanya cabaran mencapai sasaran menghapuskan miskin tegar menjelang tahun ini.

Jahid berkata selain itu cabaran dihadapi termasuk jumlah miskin tegar yang ramai dalam eKasih itu dan lokasi tempat tinggal di kawasan pedalaman menyukarkan golongan itu mengikuti program meningkatkan pendapatan dilaksanakan kerajaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Mentaliti miskin tegar itu sendiri menjadi cabaran antaranya mereka enggan berhijrah dari tempat asal mereka, malah terdapat miskin tegar yang enggan bekerjasama untuk melaksanakan program dianjurkan. Selain itu ada mereka yang tidak mempunyai kemahiran tertentu untuk memajukan diri,” katanya.

Bagaimanapun, Jahid menegaskan semua cabaran itu tidak akan sama sekali mematahkan semangat kerajaan negeri untuk terus berusaha menoktahkan kemiskinan tegar di negeri ini dengan pelbagai program yang telah dirancang.

Advertisement
Sementara itu, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat negeri Datuk James Ratib berkata penghasilkan ayam pedaging yang lebih banyak di Semenanjung Malaysia berbanding Sabah mewujudkan perbezaan harga antara dua kawasan tersebut.

Katanya semasa pelaksanaan Penentuan Harga Maksimum bagi Ayam dan Telur Ayam (PHMAT), harga ayam standard di Semenanjung Malaysia adalah RM9.40 dan di Sabah RM11, manakala ayam super di Semenanjung Malaysia adalah RM10.40 manakala di Sabah RM12.

Advertisement
“Kos bahan mentah bagi makanan ayam di Sabah lebih tinggi iaitu 20 peratus berbanding dengan Semenanjung Malaysia. 

“Kos bahan mentah ini menyumbang 70 peratus kepada kos pengeluaran ayam pedaging ataupun telur ayam.

“Kos logistik juga tinggi kerana kawasan yang luas, keadaan muka bumi dan jalan perhubungan juga masih kurang baik berbanding dengan Semenanjung Malaysia,” katanya menjawab soalan lisan Mohd Tamin Zainal (BN-Pantai Manis) yang bertanya situasi harga ayam berbeza antara dua kawasan tersebut.

James berkata kos pengangkutan kapal laut juga lebih tinggi di Sabah berbanding Semenanjung Malaysia kerana proses pertukaran kapal di Pelabuhan Klang terpaksa dilakukan susulan pengusaha ayam tempatan Sabah tidak dapat mengimport bahan mentah dalam kuantiti yang besar.

“Ini menyebabkan berlaku peningkatan kos (bagi penternak Sabah) yang dianggarkan antara 15 hingga 20 peratus (berbanding Semenanjung Malaysia),” katanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here