Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Warga emas, 83, penderma organ tertua di Sabah
Published on: Saturday, December 02, 2023
Published on: Sat, Dec 02, 2023
Text Size:
Text:
Warga emas, 83, penderma organ tertua di Sabah
Kota Kinabalu: Selvaraju Shanmugam (gambar), 83, yang meninggal dunia pada 21 Jun lepas menjadi penderma organ tertua di Sabah apabila keluarganya mendermakan sepasang kornea mendiang bagi membantu dua orang pesakit.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Asits Sanna berkata Selvaraju (bekas pemilik perniagaan S. Mugan dan Anak-Anak) yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung, tidak berkesempatan mendaftar sebagai pengikrar penderma organ, namun pernah menyatakan hasrat untuk menjadi penderma.

Advertisement
Beliau berkata hasrat mendiang untuk menderma organ itu ditunaikan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini pada hari sama beliau meninggal dunia. 

“Pihak kami mengucapkan takziah dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak keluarga di atas anugerah kehidupan yang diberikan,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau juga memaklumkan bahawa penderma organ tertua di Sabah sebelum ini berusia 80 tahun 2 bulan pada 2018, manakala penderma organ termuda berusia 1 tahun 4 bulan pada 2008.

“Jumlah penderma organ kadaverik (setelah meninggal dunia) di Sabah setakat bulan Oktober 2023 adalah seramai 33 orang.

Advertisement
“Kami menyeru orang ramai untuk mendaftar sebagai pengikrar penderma organ melalui aplikasi MySejahtera dan maklumkan hasrat itu kepada ahli keluarga terdekat,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here