Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Budak 6 tahun mati akibat kurang zat besi, makanan di KL
Published on: Tuesday, December 05, 2023
Published on: Tue, Dec 05, 2023
By: FMT
Text Size:
Text:
Budak 6 tahun mati akibat kurang zat besi, makanan di KL
Polis berkata tiada tangkapan dibuat setakat ini selepas polis mendapat keputusan bedah siasat mangsa.
PETALING JAYA: Kematian seorang kanak-kanak perempuan enam tahun di sebuah flat di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, minggu lalu akibat kekurangan zat besi dan makanan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Allaudeen Abdul Majid, berkata setakat ini tiada tangkapan dibuat selepas pihaknya mendapat keputusan bedah siasat mangsa.

Advertisement
“Mangsa meninggal dunia disebabkan kekurangan zat besi dan makanan, sekali gus kami dapati ada unsur pengabaian,” katanya menurut Harian Metro.

Terdahulu, seorang kanak-kanak perempuan enam tahun dilaporkan meninggal dunia dipercayai didera dan diabaikan bapanya di Bandar Tun Razak, Sabtu lalu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ketua Polis Cheras, Zam Halim Jamaluddin, dilaporkan berkata kejadian berlaku ketika bapanya meninggalkan kanak-kanak itu dalam bilik untuk membeli makanan pada 11.30 pagi.

Katanya, mangsa dibawa ke Hospital Tunku Azizah untuk dirawat selepas ditemui tidak bermaya selepas bapanya pulang pada 2.30 petang.

Advertisement
Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia pada hari sama dan disyaki terdapat unsur penderaan dan pengabaian oleh penjaga.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here