Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kastam rampas rokok seludup lebih RM800K, tahan warga emas di Semporna
Published on: Tuesday, December 05, 2023
Published on: Tue, Dec 05, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Kastam rampas rokok seludup lebih RM800K, tahan warga emas di Semporna
Jabatan kastam menunjukkan sebahagian rokok seludup yang dirampas dari stor sebuah rumah di Kampung Kubang Paya, Semporna dalam sidang media hari ini. (Gambar Bernama)
TAWAU: Jabatan Kastam menahan seorang warga emas dan merampas rokok seludup berjumlah RM868,208 termasuk cukai dalam stor sebuah rumah di Kampung Kubang Paya, Semporna pada 24 Nov lepas.

Penolong Ketua Kastam Zon Sabah, Nasir Deraman, berkata lelaki berusia 60-an itu ditahan pada 12 tengah hari hasil maklumat orang awam.

Advertisement
“Hasil pemeriksaan di rumah berkenaan menemui 1,009,600 batang rokok pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM183,520 dan cukai dianggarkan RM684,688. Semua rokok itu dipercayai dari negara jiran untuk pasaran tempatan.

“Modus operandi ialah membawa masuk rokok dari negara jiran dan sebuah rumah dijadikan stor penyimpanan sementara, sebelum dijual dan diedar ke pasaran sekitar,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan orang awam dinasihatkan memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan melalui talian bebas tol Kastam 1-800-88-8855.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here