Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lelaki ditahan simpan lebih sejuta batang rokok seludup
Published on: Wednesday, December 06, 2023
Published on: Wed, Dec 06, 2023
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Lelaki ditahan simpan lebih sejuta batang rokok seludup
MOHD Nasir (tengah) dan pegawai kanannya menunjukkan rokok yang dirampas dalam serbuan itu.
TAWAU: Tindakan seorang lelaki menjadikan rumahnya sebagai stor penyimpanan sementara sejumlah 1,009,600 batang rokok seludup di Kg Kubang Jaya, Semporna, gagal mengaburi mata penguatkuasa apabila diserbu pasukan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman berkata, suspek merupakan rakyat tempatan berusia dalam lingkungan 60an yang merupakan pemilik rumah tidak bernombor itu.

Advertisement
Menurutnya, suspek dipercayai menyembunyikan rokok bernilai RM183, 520.00 dengan jumlah cukai RM684,688 di stor tersebut yang belum lulus Kastam untuk dijual dan diedarkan ke pasaran tempatan.

Katanya, serbuan itu dilakukan sepasukan anggota Kastam Cawangan Penguatkuasaan JKDM Tawau pada 24 November lalu sekitar jam 12 tengah hari selepas menerima aduan awam.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Hasil pemeriksaan di rumah itu, terdapat sebuah stor di bawah rumah yang menyaksikan penemuan sejumlah rokok pelbagai jenis dan jenama disyaki barang larangan.

“Pemilik rumah iaitu suspek turut ditangkap bersama barang rampasan dan dibawa ke pejabat Kastam Semporna untuk tindakan lanjut.. Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya dalam sidang media di sini, pada Selasa.

Advertisement
Mohd Nasir berkata, rampasan rokok yang dipercayai dibawa masuk dari negara jiran itu membabitkan 10 jenama.

Mengulas lanjut, beliau berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kes itu tidak membabitkan sindiket, sebaliknya individu (suspek) yang pertama kali melakukan kegiatan tersebut.

Advertisement
Dalam pada itu, beliau berkata rampasan kes rokok oleh cawangan JKDM sepanjang 2023 setakat ini merekodkan 67 kes membabitkan nilai RM313, 899.55 dengan cukai terlibat RM1,049, 557.04 dalam 15 operasi dilaksanakan.

Beliau turut menyeru orang ramai agar tidak melibatkan diri dalam kegiatan penyeludupan, sebaliknya memberi maklumat berkaitan kepada pihaknya jika mempunyai pengetahuan kes tersebut.

Maklumat boleh disalurkan menerusi talian bebas tol Kastam (1-800-88-8855) atau di pejabat Kastam terdekat.

JKDM memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here