Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
JR Horizon, Melempar ke Bintang juara kejohanan hoki lima sebelah
Published on: Wednesday, December 06, 2023
Published on: Wed, Dec 06, 2023
By: GL Oh
Text Size:
Text:
JR Horizon, Melempar ke Bintang juara kejohanan hoki lima sebelah
PEMAIN-PEMAIN JR Horizon bersama pegawai selepas menerima trofi kemenangan.
Kota Kinabalu: Pasukan JR Horizon dan Melempar ke Bintang dari Sekolah Sukan Malaysia Sabah muncul juara dalam Kejohanan Hoki Lima Sebelah Bawah 16 Tahun Piala Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Datuk Mansur Asun yang berlangsung di Stadium Hoki Likas, pada hujung minggu. 

Mereka masing-masing merangkul kejuaraan lelaki dan perempuan. Di tempat kedua dalam kategori lelaki ialah Resilient A dan di tempat ketiga bersama ialah HJR Phantom dan Resilient B, manakala naib juara perempuan ialah D-Touch Eagle disusuli Para Pemetik Bintang dan Semi Hockey yang berkongsi tempat ketiga.

Advertisement
Sebanyak 20 pasukan lelaki dan perempuan mengambil bahagian dalam kejohanan itu yang dianjurkan Persatuan Hoki Putatan dengan kerjasama Persatuan Hoki Sabah.

Dalam kategori plate, D Touch Phoenix meraih tempat teratas dalam acara lelaki, The Step Salapin di tempat kedua dan tempat ketiga bersama D’Touch X5 dan SMK Kota Marudu B.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Gelaran plate perempuan dimenangi oleh Bintang di Surga diikuti West 23.25 Girl di tempat kedua dan D’Touch Sharks dan PHB Miri di tempat ketiga bersama.

SMK Kota Marudu A merangkul gelaran bowl lelaki dengan Semi Hoki di tempat kedua, dan tempat ketiga bersama SMK Inanam dan Labuna Thunderstick.

Advertisement
Gelaran perempuan dimenangi Unggun Girls 2.0 disusuli SMK Inanam di tempat kedua dan Jesselton HT dan SMK Inanam di tempat ketiga bersama.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here